Laporan Tahunan Program Pementoran Perkhidmatan Awam 2021

119 5. Ulasan Keseluruhan Penyelaras Kementerian: Program Pementoran Dalam Perkhidmatan Awam telah diperkenalkan pada tahun 2007/2008 selaras dengan Pekeliling Perkhimatan Awam Bilangan 18 Tahun 2005 iaitu Panduan Aplikasi Psikologi Dalam Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam. Seterusnya, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2010 dikeluarkan bagi menjelaskan secara terperinci pelaksanaan pementoran dalam pengurusan sumber manusia sektor awam. Pelaksanaan program pementoran di Kementerian Pertanian dan Industri Makanan bertujuan untuk : i. Pegawai yang memerlukan bimbingan dalam peningkatan prestasi kerjaya dan psikososial; ii. Meningkatkan kemahiran dan kecekapan dalam aspek personel, sosial, budaya dan profesional; iii. Membina keperibadian tinggi dalam kalangan warga organisasi; iv. Membudayakan budaya kerja kelas pertama dan berprestasi tinggi dalam organisasi; v. Menerapkan amalan pembelajaran berterusan; dan vi. Meningkatkan imej dan reputasi pegawai dalam organisasi. Program Pementoran Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dijalankan selama 6 bulan berdasarkan carta perbatuan seperti di Lampiran A. Program Pementoran bagi tahun 2021 ini telah bermula pada 1 Jun 2021 dan berakhir pada 28 Oktober 2021 melibatkan 90 orang peserta, 46 mentor dan 44 menti. Penglibatan peserta adalah di kalangan pegawai lantikan baru dan kenaikan pangkat (senarai nama seperti di Lampiran B) di bawah Ibu Pejabat MAFI, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS), Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) dan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA).

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy