Laporan Tahunan Program Pementoran Perkhidmatan Awam 2021

115 5. Ulasan Keseluruhan Penyelaras Kementerian/ Jabatan/ SUK: Program Pementoran untuk warga Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah dilaksanakan pada tahun 2021. Pada awalnya seramai 22 pasangan mentor menti yang meliputi sejumlah 44 orang peserta telah dilantik. Namun setelah mengambil kira pertukaran pegawai dan penempatan sementara pegawai di Pusat Pemberian Vaksin (PPV), maka hanya 17 pasangan mentor dan menti sahaja yang dapat kekal sehingga tamat tempoh program. Sepanjang program pementoran ini dilaksanakan tiada sebarang kesulitan yang berlaku. Kesemua mentor dan menti telah memberikan kerjasama yang baik walaupun melaksanakan program dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak Covid-19. Dalam masa yang sama juga, terdapat 3 siri sesi pembelajaran pementoran yang telah dijalankan secara atas talian dengan menggunakan platform Google Meet. Ia diadakan bagi meningkatkan produktiviti dan kemahiran di kalangan mentor dan menti. Keseluruhan program ini telah mencapai objektif dalam memberi coaching, mentoring, bimbingan dan sokongan kepada mentor dan menti dengan menerapkan elemen psikologi dan kaunseling. Ia juga bertujuan untuk meningkatkan pembangunan dan kompetensi profesional, budaya, peribadi, dan sosial bagi pegawai lantikan baru, kenaikan pangkat dan bertukar masuk.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy