Laporan Tahunan Program Pementoran Perkhidmatan Awam 2021

110 5. Ulasan Keseluruhan Penyelaras Kementerian/ Jabatan/ SUK: Secara keseluruhannya proses pementoran bagi sesi 2021 dapat dijalankan dengan baik sehingga penamatan. Sasaran awal sepatutnya berakhir pada bulan September 2021, namun tempoh pelaksanaannya telah dilanjutkan daripada 6 bulan kepada 9 bulan mengikut arahan MKN berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan. Mentor dan menti dapat memanfaatkan diri mereka dalam meningkatkan kompetensi masingmasing. Melalui program pementoran ini beberapa penemuan tentang aspek kompetensi mentor dan menti telah diperolehi. Ianya juga serba sedikit memberi maklum balas tentang tahap pengetahuan, kompetensi dan kaedah kerja oleh kakitangan organisasi ini. Penemuan ini diperolehi kerana proses pementoran adalah satu pendekatan untuk memberi bimbingan, sokongan dan bantuan secara profesional oleh mentor bagi membangunkan diri menti secara bersemuka, rasmi dan penumpuan khusus kepada menti. Tanpa melalui proses pementoran menti mungkin tidak mendapat bimbingan secara khusus ini. Semua skop pementoran yang disasarkan menunjukkan peningkatan kompetensi kepada menti dan akan memberi impak kepada kecemerlangan diri dan menambahkan kecekapan dalam melaksanakan tugasan. Secara tidak lansung akan memberi nilai tambah kepada kecemerlangan organisasi. Secara keseluruhan Program Pementoran ini telah menjadi satu landasan kepada pihak pengurusan jabatan untuk meningkatkan keupayaan pengetahuan, kreativiti dan inovasi kakitangan serta memupuk kakitangan minda kelas pertama. Ia dilihat mampu memberi kesan yang lebih positif kepada mentor dan menti seterusnya warga jabatan. Kejayaan masa hadapan sesebuah organisasi bergantung kepada mutu modal insan yang dimiliki, bukan sahaja dari segi intelek tetapi juga keperibadian. Akhir kata, program ini dilihat amat berkesan kepada peserta dalam meningkatkan pengetahuan dalam bidang kerja masing-masing, di mana melalui program ini, ilmu yang diperolehi daripada mentor, tidak semuanya terdapat di dalam mana-mana

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy