103 5. Ulasan Keseluruhan Penyelaras Kementerian/ Jabatan/ SUK : Secara keseluruhannya, program pementoran ini telah memberikan impak dari segi peningkatan kompetensi profesional, budaya, peribadi dan sosial. Walaupun program ini belum tamat, para peserta menunjukkan komitmen yang baik untuk menjayakan program ini. Para mentor menunjukkan kesediaan untuk membimbing menti khususnya dari segi transfer of tacit knowledge and experience tentang kerja di Bahagian masing-masing. Menti pula menunjukkan komitmen untuk belajar sebanyak mungkin pengetahuan dan kemahiran kerja dengan mentor masingmasing. Selain kompetensi kerja atau kompetensi profesional, para mentor juga tidak mengabaikan kompetensi-kompetensi yang lain yang perlu ditingkat dan dimantapkan dalam kalangan menti seperti kompetensi peribadi dan sosial khususnya bagi menti yang baru dilantik bertugas di JKM. Ini bagi memastikan menti yang diberi bimbingan oleh mentor di JKM bukan sahaja cemerlang dari segi kompetensi kerja tetapi juga cemerlang dari segi kompetensi peribadi, budaya dan sosial selaras dengan matlamat dan objektif Program Pementoran yang ditetapkan oleh JPA.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy