Laporan Tahunan Program Pementoran Perkhidmatan Awam 2021

100 kecemerlangan diri dari aspek kompetensi kerja dan peribadi pegawai. Sebagai tanda penghargaan, peserta program pementoran yang berjaya menamatkan program pementoran telah diberi sijil penghargaan oleh YBrs. Encik Thean Ming Fatt, Setiausaha Bahagian, Bahagian Khidmat Pengurusan Kementerian kesihatan Malaysia pada 10 November 2021. Secara keseluruhannya, Program Pementoran Ibu pejabat Kementerian Kesihatan Malaysaia telah berjaya meningkatkan kemahiran, kompetensi, dan jati diri peserta berdasarkan aktiviti yang dilaksanakan sepanjang tempoh program pementoran dilaksanakan. Proses perkembangan diri menti terhasil melalui pemindahan tacit knowledge pengalaman dalam perhubungan antara mentor dan menti yang berstruktur. Melalui perhubungan yang sinergetik ini, pengamalan nilai-nilai budaya organisasi dapat diterapkan melalui pertemuan, perbualan, pemerhatian dan proses pembelajaran yang mampu membentuk pencapaian matlamat, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. 6. Cadangan Penambahbaikan Berdasarkan maklum balas dan laporan yang diterima, para mentor telah memberikan komen yang positif mengenai perkembangan menti masing-masing. Walaupun berdepan dengan kekangan yang ada, para menti telah menunjukkan peningkatan dalam kompetensi personal, kompetensi budaya kerja kelas pertama organisasi, kompetensi profesional serta kompetensi sosial melalui program pementoran yang dilaksanakan. Di samping itu, peserta program juga ada mencadangkan beberapa idea yang menarik bagi tujuan penambahbaikan program pementoran pada masa akan datang. Antaranya ialah dengan mengadakan latihan bagi meningkatkan keyakinan diri dalam berkomunikasi serta team building dalam membina hubungan baik mentor dan menti. Program seperti ini perlu diteruskan dalam perkhidmatan awam agar budaya kerja kelas pertama dapat direalisasikan dalam kalangan warga kerja perkhidmatan awam.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy