Laporan Tahunan Program Pementoran Perkhidmatan Awam 2021

99 Program Pementoran di Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia bagi sesi Tahun 2021 telah dilaksanakan bermula 15 Mac 2021 (Isnin) sehingga bulan September 2021 iaitu mengambil masa selama enam bulan melibatkan Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan sokongan. Pada awalnya, pihak urusetia menerima 44 pasangan pencalonan namun yang berjaya melalui tempoh 6 bulan ini adalah 35 pasangan. Program Pementoran dan watikah perlantikan peserta Tahun 2021 telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Harjeet Singh, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Kesihatan Malaysia pada 15 Mac 2021. Taklimat mengenai prosedur pementoran pula disampaikan dalam Kursus Training Of Trainers pada 15 Mac 2021 oleh penceramah yang didatangkan khas dari Jabatan Pengurusan Psikologi, Jabatan perkhidmatan Awam iaitu Puan Siti Hasiah Binti Jusoh dan Encik Fauzi Bin Saad. Pelaksanaan program pementoran pada tahun 2021 ada persamaan seperti tahun sebelumya kerana Malaysia telah berdepan dengan penularan wabak COVID-19 yang merupakan satu pendemik global yang memberi impak kepada segala aspek kesejahteraan kehidupan. Bagi mengekang penularan wabak COVID-19 daripada terus merebak, Kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai langkah mengurangkan interaksi langsung (social distancing) dalam masyarakat. Dengan kekangan yang ada semasa tempoh PKP dan PKPB, program pementoran masih dapat direalisasikan melalui medium secara dalam talian bagi proses penyampaian maklumat pementoran. Pelaksanaan program pementoran pada tahun 2021 juga melibatkan pelbagai aktiviti pelan pembelajaran bagi membantu mentor serta menti meningkatkan keyakinan, potensi dan pembangunan diri. Antaranya ialah dengan mengemukakan projek Inovasi Jabatan dan perkongsian Journal review yang signifikan dengan bidang tugas. Melalui perkongsian pelan pembelajaran ini dapat meningkatkan pengetahuan /kepakaran yang dapat digunapakai di bahagian masing-masing. Selain itu, pada tahun ini juga pelaksanaan Program Pementoran membawa sedikit kelainan yang mana Unit Pengurusan Psikologi Kaunseling telah menjemput penceramah motivasi bagi setiap pertemuan dalam Mesyuarat Penyelarasan Pementoran yang telah diadakan sebanyak dua kali melalui medium teknologi secara dalam talian dalam proses penyampaian maklumat pementoran bagi meningkatkan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy