Laporan Tahunan Program Pementoran Perkhidmatan Awam 2021

KANDUNGAN ISI KANDUNGAN MUKA SURAT PERUTUSAN KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM 1 KATA-KATA ALUAN PENGARAH BAHAGIAN PENGURUSAN PSIKOLOGI 2 PENGENALAN PEMENTORAN 3 MAKLUMAT KORPORAT PEMENTORAN 4 - 5 FALSAFAH & ETIKA PEMENTORAN 6 SENARAI KEAHLIAN PEMENTORAN MENGIKUT KEMENTERIAN, JABATAN, SUK & AGENSI SENARAI PEMENANG ANUGERAH AKRAB DAN PEMENTORAN 2021 7 8 - 9 LAPORAN AKTIVITI PEMENTORAN DI KEMENTERIAN, JABATAN, SUK & AGENSI TAHUN 2021: 11 1. KEMENTERIAN DALAM NEGERI 12 – 15 2. KEMENTERIAN PERTAHANAN 16 – 19 3. KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI 20 – 24 4. KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN 25 – 29 5. KEMENTERIAN KERJA RAYA 30 – 34 6. KEMENTERIAN PENGANGKUTAN MALAYSIA 35 – 39 7. KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT 40 – 44 8. KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA 45 - 49 9. KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR 50 - 54 10. KEMENTERIAN TENAGA DAN SUMBER ASLI 55 – 59 11. KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI 60 – 64 12. KEMENTERIAN ALAM SEKITAR DAN AIR 65 – 68 13. KEMENTERIAN LUAR NEGERI 69 – 72 14. KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA 73 – 77 15. KEMENTERIAN PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA 78 – 82 16. KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI 83 – 86 17. KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 78 – 80 18. JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA 90 – 94 19. KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 95 – 100 20. JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT 101 – 103 21. JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR 104 – 107 22. JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI SEMBILAN 108 – 111 23. JABATAN PERKHIDMATAN AWAM 112 – 115 24. KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN 116 – 120 25. PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN 121 – 124

26. JABATAN INTEGRITI DAN PEMATUHAN STANDARD PDRM 125 – 128 27. PEJABAT SETIAUSAHA NEGERI SEMBILAN 129 – 133 28. PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG 134 – 136 29. PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERAK 137 – 140 30. PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR 141 – 143 31. PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PAHANG 144 – 147 32. KOLEJ KOMUNITI PASIR SALAK 148 – 152 33. POLITEKNIK KOTA KINABALU, SABAH 153 – 156 34. POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN 157 – 161 35. POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH 162 – 166 36. POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH 167 – 171 37. POLITEKNIK BANTING, SELANGOR 172 – 176 38. POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN 177 – 181 39. POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH 182 – 186 40. POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH 41. MAJLIS BANDARAYA SUBANG JAYA 187 – 191 192 – 196

1 PERUTUSAN KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera Tahniah diucapkan kepada Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam di atas inisiatif dan usaha mengumpul aktiviti-aktiviti Pementoran untuk dibukukan sebagai Laporan Tahunan Pementoran bagi tahun 2021. Program Pementoran merupakan program bersepadu yang turut disokong oleh pelaksanaan program coaching dan kaunseling. Ia berfokus kepada pembangunan dan peningkatan kompetensi kerja dan peribadi pegawai yang bersifat jangka panjang. Pelaksanaan Program Pementoran dalam Perkhidmatan Awam telah menjangkau usia sebelas tahun bermula pada tahun 2008 hingga kini. Bagi menyelaraskan Program Pementoran di kementerian, jabatan dan SUK, pihak Kerajaan telah mengeluarkan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2010, iaitu Panduan Pelaksanaan Pementoran Dalam Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam. Selaku Role Model, mentor perlu mempunyai pengetahuan yang luas serta baik budi pekertinya dalam melaksanakan tugasan harian dan hal-hal kebajikan seiring dengan hasrat kerajaan dalam RMK12. Menti juga perlu mempunyai sikap ingin dibimbing dan sedia untuk menimba ilmu daripada mentor mereka agar dapat menjadi pekerja yang berdedikasi dalam pekerjaan. Dengan wujudnya Program Pementoran, diharapkan akan dapat membantu usaha kerajaan untuk melahirkan Penjawat Awam yang berprestasi tinggi dan bersedia untuk melakukan perubahan. Selamat Maju Jaya. YBHG. DATUK MOHD KHAIRUL ADIB ABD. RAHMAN

2 KATA-KATA ALUAN PENGARAH BAHAGIAN PENGURUSAN PSIKOLOGI Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, Bahagian Pengurusan Psikologi telah dapat menyediakan Laporan Tahunan Pementoran Perkhidmatan Awam Tahun 2021. Laporan ini merupakan koleksi aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2021 oleh mentor dan menti di kementerian, jabatan dan SUK. Tujuan laporan ini dikeluarkan adalah untuk memberi ruang kepada kementerian, jabatan dan SUK untuk melaporkan aktiviti-aktiviti pementoran yang dijalankan. Laporan ini juga membantu pihak Jabatan untuk menilai pelaksanaan dan keberkesanan aktiviti serta memudahkan penyelarasan. Pada keseluruhannya, aktiviti yang dilaksanakan di peringkat kementerian, jabatan dan SUK amat membanggakan dengan melibatkan pelbagai lapisan peringkat pegawai. Ini jelas membuktikan bahawa mentor menti bukan sahaja dapat membangunkan diri, malah dapat menaikkan nama organisasi. Pada tahun ini, Jabatan Perkhidmatan Awam lebih menumpukan kepada pemantapan kompetensi kemahiran membimbing di kalangan mentor sedia ada. Adalah diharapkan agar Ketua Jabatan, Pengurus Sumber Manusia, Pegawai Psikologi serta mentor menti dapat bekerjasama antara satu sama lain dalam membantu Jabatan dan pihak Kerajaan khususnya dalam melaksanakan dasar-dasar Kerajaan. Justeru itu, semua pihak haruslah memainkan peranan secara proaktif agar matlamat untuk memperkasakan kecemerlangan organisasi akan tercapai. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada semua mentor dan menti sekalian. Salam Hormat. YBHG. DATO’ PAUZAN BIN AHMAR

3 PENGENALAN PEMENTORAN PENDAHULUAN Pementoran merupakan satu pendekatan memberi bimbingan, sokongan dan bantuan secara professional oleh mentor (pegawai yang terlatih, berkemahiran dan beretika bagi pembangunan diri menti) manakala menti (pegawai yang memerlukan bimbingan). Pendekatan ini melibatkan aktiviti perhubungan, pemindahan kemahiran personel dan profesional seseorang pegawai dalam jangka masa yang ditetapkan. Pementoran adalah selaras dengan pelaksanaan Pekeliling Perkhidmatan Awam Bilangan 18 Tahun 2005, iaitu Aplikasi Psikologi Dalam Pengurusan Sumber Manusia yang menekankan elemen bimbingan, khidmat nasihat dan sokongan. Melalui pekeliling ini, aplikasi psikologi dalam intervensi turut diberi penekanan bagi mempertingkatkan kecemerlangan diri pegawai, terutamanya pegawai yang baru dilantik dalam perkhidmatan awam atau pegawai yang baru dinaikkan pangkat ke sesuatu jawatan. Program Pementoran merupakan program bersepadu yang turut disokong oleh pelaksanaan program coaching dan kaunseling. Ia berfokus kepada pembangunan dan peningkatan kompetensi kerja dan peribadi pegawai yang baru dilantik dan dinaikkan pangkat. Pementoran terbuka kepada semua anggota Perkhidmatan Awam yang memenuhi kriteria sebagai mentor dan menti. Mentor merupakan seorang pegawai yang dilantik untuk membimbing dalam perkembangan kerjaya seseorang pegawai. Biasanya mentor adalah seorang yang lebih kanan atau berpengalaman dan boleh dijadikan sebagai role model dalam kalangan rakan sekerja. Menti bermaksud pegawai yang dibantu oleh mentor dalam proses perhubungan pementoran dan biasanya merupakan seorang yang memerlukan bantuan dalam pembangunan diri, perkembangan dan pemantapan kerjaya serta penyesuaian dalam kehidupan seharian.

4 MAKLUMAT KORPORAT PEMENTORAN OBJEKTIF Pementoran dalam perkhidmatan awam merupakan pendekatan untuk memberi bimbingan, sokongan dan bantuan dengan menerapkan elemen psikologi dan kaunseling secara profesional yang diberikan oleh mentor kepada menti bertujuan meningkatkan pembangunan dan kompetensi profesional, budaya, peribadi dan sosial bagi pegawai lantikan baru dan dinaikkan pangkat. SEJARAH PEMENTORAN Sejarah Greek, Homer’s Odyssey sebagai mentor melatih dan menasihat Telemachus, anak lelaki Odysseus supaya Telemachus bersedia untuk mengambil alih tanggungjawab keluarganya semasa ketiadaan bapanya. Mentor juga menasihati Telemachus bagaimana untuk mencari ayahnya. Telemachus berterima kasih kepadanya di atas pertolongannya: “Tuan, terima kasih di atas budi baik tuan, awak seperti seorang ayah yang bercakap kepada anak sendiri dan saya tidak akan lupa walaupun satu perkataan yang awak cakap………….”. PERMULAAN ISTILAH MENTOR DUNIA MODEN THE ADVENTURES OF TELEMACHUS 1699 Sebuah novel pengajaran oleh Fenelon, Ketua Biskop Cambrai, Perancis juga merupakan tutor Kepada Duc de Bourgogne yang berusia tujuh tahun (cucu kepada Raja Louis XIV). Novel ini menceritakan tentang Homer’s Odyssey, yang menceritakan semula perjalanan Telemachus, anak kepada Ulysses, yang ditemani oleh tutornya (Mentor). Permulaan penggunaan perkataan Mentor dalam Bahasa Inggeris. Ekonomi zaman pertengahan England diselamatkan tukang-tukang yang menghasilkan produk di kilang-kilang kampong. Tukang-tukang ini mewariskan perdagangan mereka kepada murid-murid mereka dan proses ini menunjukkan persamaan yang ketara dengan konsep moden. Perantis itu berkhidmat dengan tuan mereka selama 12 tahun atau sehingga mereka mencapai umur 21 tahun.

5 SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA Kewujudan Sekolah Pengurusan Tingkah Laku (School Of Behavior Management) menekankan kepentingan sumber manusia dan syarikat semakin memberi perhatian kepada latihan dan pembangunan sumber manusia. KEJATUHAN EKONOMI 1990 Tekanan untuk mendapatkan margin keuntungan yang tinggi digabungkan dengan tekanan persaingan yang tinggi memaksa banyak organisasi mengambil langkah alternatif yang memberikan kos lebih efektif dalam program-program latihan. Ini menyebabkan setiap organisasi melihat latihan yang lebih spesifik dan mereka semakin melihat kelebihan peningkatan individu melalui pendekatan individualistik. Kakitangan yang terpaksa menghadapi persekitaran kerja yang tertekan memerlukan bimbingan dan sokongan dari aspek individual. PERLUASAN KONSEP PEMENTORAN DALAM PERKHIDMATAN AWAM 2009 “………..Another approach to develop the knowledge-based workforce is through mentoring and continuous training. In grooming good leaders, it is significant that they learn to lead from relationship with senior leaders who have served as coaches, mentors and teachers and above all, good examples. In addition, young leaders more often than not learn to lead far more from tacit rather than from cognitive knowledge – as apprentices of masters”. (Y.A.B Perdana Menteri di MAPPA X, PICC Putrajaya).

6 FALSAFAH Pementoran adalah anugerah yang perlu dikongsi bersama. Ia merupakan perhubungan yang mampu memberi makna dalam masa yang sama mentor dapat berkongsi pengalaman sendiri dalam melahirkan menti yang matang sewaktu proses perkembangan diri. Kematangan ini terhasil melalui pemindahan pengalaman dalam perhubungan yang berstruktur. Melalui perhubungan yang sinergetik ini, menti dapat memantap dan menjelmakan keperibadian mentor sebagai asas dalam pembentukan keperibadian diri melalui pertemuan, perbualan dan proses pembelajaran yang mampu membentuk dan mencapai matlamat, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. ETIKA Perhubungan sesi pementoran berlaku secara profesional. Perhubungan boleh dilakukan secara bersemuka dan tidak bersemuka. Sesi pertemuan secara bersemuka akan dirancang mengikut kesesuaian dan keperluan mentor dan menti. Lokasi pertemuan juga adalah di tempat yang telah ditetapkan oleh Pihak Jawatankuasa Penyelaras Program Jabatan. Manakala perhubungan secara tidak bersemuka dengan menggunakan teknologi perhubungan seperti talian telefon dan internet, biasa diamalkan untuk proses penyampaian maklumat dalam pementoran. Kedua-dua bentuk perhubungan secara bersemuka atau tidak adalah terikat denganperaturan, kesantunan budaya dan nilai-nilai keagamaan yang dianuti. Walau bagaimanapun terdapat juga isu ‘dual relationship’ akan berisiko berlaku antara mentor dan menti kerana dalam perhubungan pementoran juga melibatkan elemen perkongsian emosi. Aktiviti seperti mengambil berat dan memberikan dorongan akan berkecenderungan mewujudkan perasaan intim. Justeru, pemadanan mentor dan menti yang sama jantina wajar diberikan keutamaan bagi mengurangkan risiko ini. Di samping itu, mentor dan menti perlu dilatih untuk sentiasa mematuhi etika, tanggungjawab dan kesedaran tentang matlamat pementoran agar isu ini dapat dikendalikan dengan bijaksana.

7 SENARAI KEAHLIAN PEMENTORAN: KEMENTERIAN, JABATAN, SUK DAN AGENSI TAHUN 2010 - 2021 TAHUN KEMENTERIAN JABATAN/SUK PBT & BADAN BERKANUN MENTOR MENTI MENTOR MENTI MENTOR MENTI 2010 202 203 290 290 92 102 2011 275 275 230 250 150 200 2012 245 310 579 506 194 182 2013 113 124 482 551 121 155 2014 110 112 400 412 130 132 2015 160 168 320 300 90 94 2016 318 408 150 200 442 514 2017 203 203 131 131 57 57 2018 120 120 150 170 15 20 2019 223 286 283 342 112 150 2020 194 228 603 824 141 146 2021 1,483 1,664 1,219 1,221 86 93 JUMLAH 3,646 4,101 4,837 5,197 1,630 1,845 JUMLAH KESELURUHAN: 21,077

8 SENARAI PEMENANG ANUGERAH AKRAB DAN PEMENTORAN 2021

9

10

11 LAPORAN AKTIVITI PEMENTORAN DI KEMENTERIAN, JABATAN, SUK & AGENSI TAHUN 2021

12 KEMENTERIAN DALAM NEGERI

13 LAPORAN PROGRAM PEMENTORAN KESELURUHAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI TAHUN 2021 1. Tarikh Mula : Tarikh Tamat : 2. Peserta Mentor Menti Bilangan Peserta : 14 Bilangan Peserta : 14 3. Skop Pementoran : i. Pegawai Lantikan Baru ii. Kenaikan Pangkat iii. Bertukar Masuk 4. Gambar Program Pementoran 2 November 2021 30 Mei 2022

14

15 5. Ulasan Keseluruhan Penyelaras Kementerian/ Jabatan/ SUK: Kursus Pementoran Pegawai Baharu / Naik Pangkat Tahun 2021 telah dilaksanakan pada 2 dan 3 November 2021 di Royale Chulan Damansara yang melibatkan seramai 28 orang peserta daripada pelbagai Bahagian di bawah Kementerian Dalam Negeri. Program Pementoran ini akan berlangsung selama 6 bulan berdasarkan fasa-fasa seperti di dalam modul dan dijangka berakhir pada Mei 2022. Pelaksanaan program pementoran ini bermula lewat daripada tarikh asal yang dirancang pada bulan April kerana penularan pandemik Covid-19 dan dirasakan lebih sesuai dilaksanakan secara bersemuka agar ianya lebih berkesan. Pada masa ini keseluruhan peserta telah melaksanakan fasa pertama di dalam program Pementoran.

16 KEMENTERIAN PERTAHANAN

17 LAPORAN PROGRAM PEMENTORAN KESELURUHAN KEMENTERIAN PERTAHANAN TAHUN 2021 1. Tarikh Mula : Tarikh Tamat : 2. Peserta Mentor Menti Bilangan Peserta : 12 orang Bilangan Peserta :14orang 3. Skop Pementoran : i. Pegawai Lantikan Baru/ Baru Bertukar ii. Kenaikan Pangkat ii. Bertukar Masuk 4. Gambar Program Pementoran 16 Mac 2021 31 Ogos 2021 / Bengkel Pengukuhan Pementoran Kementerian Pertahanan yang di laksanakan pada 16-18 Mac 2021 bertempat di Corncorde Hotel Shah Alam Puan Rosmani binti Che Draman sebagai penceramah jemputan

18 Encik Yuswan bin Yunus, Setiausaha Bahagian BPSM menyampaikan ucapan perasmian pelancaran Program P t Slot ceramah Bengkel Pengukuhan Pementoran Penyerahan Watikah Perlantikan Mentor Menti Sesi pembacaan ikrar mentor dibacakan oleh wakil mentor

19 5. Ulasan Keseluruhan Penyelaras Kementerian/ Jabatan/ SUK : Bengkel Pengukuhan Pementoran pada awalnya telah dilaksanakan pada 16 Mac 2021 sehingga 18 Mac 2021 bertempat di Hotel Concorde, Shah Alam, Selangor. Bengkel tersebut telah dilaksanakan secara bersemuka dengan mengadaptasi norma baru dan melaksanakan SOP yang telah ditetapkan oleh pihak MKN. Penceramah jemputan merupakan Pegawai Psikologi yang telah ditauliahkan daripada JPA untuk menyampaikan slot ceramah Pementoran iaitu Puan Rosmani binti Che Draman, Pegawai Psikologi dari Kementerian Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Majlis Penyerahan watikah Sijil pelantikan Mentor Menti telah disampaikan oleh Encik Yuswan bin Yunus, Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia pada 18 Mac 2021 kepada semua mentor menti yang terlibat. Berakhirnya Bengkel Pengukuhan Pementoran maka bermula pula tanggungjawab yang perlu dipikul oleh mentor dalam membantu perkembangan diri menti manakala menti perlu mendapatkan tunjuk ajar daripada kepakaran dan pengalaman mentor. Mentor akan menjalankan sesi bimbingan mengikut lima (5) fasa bersama menti selama enam (6) bulan yang akan berakhir pada 31 Ogos 2021. Secara keseluruhannya, program pementoran ini dapat membantu meningkatkan tahap kecekapan di dalam mengendalikan aspek pekerjaan, perhubungan antara ketua dan pegawai di bawah seliaan. Program ini juga memberi peluang kepada menti untuk membangunkan dan memantapkan lagi kompetensi peribadi, sosial, profesional dan budaya. Program ini perlu diteruskan di dalam perkhidmatan awam agar dapat membantu warga kementerian lebih berkompetensi demi memajukan diri dan organisasi.

20 KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI

21 LAPORAN PROGRAM PEMENTORAN KESELURUHAN KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI TAHUN 2021 1. Tarikh Mula : Tarikh Tamat : 2. Peserta Mentor Menti Bilangan Peserta: 41 Bilangan Peserta: 47 3. Skop Pementoran : i. Pegawai Lantikan Baru ii. Kenaikan Pangkat iii. Bertukar Masuk 4. Gambar Program Pementoran 13 April 2021 15 November 2021 / / /

22

23 5. Ulasan Keseluruhan Penyelaras Kementerian : Program Pementoran MOSTI merupakan satu inisiatif bagi membantu warga kementerian dan agensi/jabatan agar lebih berkemahiran demi memajukan diri dan organisasi. Semua pihak yang terlibat telah memberi kerjasama dan berusaha bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Pelaksanaan Program Pementoran pada tahun ini agak mencabar atas penularan pandemik COVID-19. Namun, ini tidak menjadi halangan untuk mentor menti dalam melaksanakan aktiviti perhubungan ini. Melalui program ini, mentor berpendapat bahawa menti mempunyai potensi diri yang baik dan menampakkan kesungguhan mereka dalam meningkatkan kemahiran dan kecekapan dalam aspek profesional, budaya, peribadi dan sosial. Menti pula dapat membangunkan potensi kerjaya masing-masing dan meningkatkan daya saing, berinovatif dan kreatif dalam usaha memberikan perkhidmatan yang terbaik. Perhubungan yang wujud di antara mentor dan menti dapat menggalakkan pembudayaan pembelajaran secara berterusan dan

24 perkongsian ilmu yang bermatlamat untuk merangsang dan menggerakkan prestasi perkhidmatan awam ke arah kecemerlangan. Pelaksanaan program pementoran ini secara keseluruhannya berupaya mengintegrasikan antara keperluan pegawai dan matlamat atau objektif organisasi di kementerian ini. Program ini juga memberikan pembelajaran menyeluruh sama ada pengetahuan formal atau amalan/budaya lazim ( tacit knowladge) secara personal dan hands on khususnya kepada menti yang boleh diaplikasikan secara langsung dalam melaksanakan tugas.

25 KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

26 LAPORAN PROGRAM PEMENTORAN KESELURUHAN KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN TAHUN 2021 1. Tarikh Mula : Tarikh Tamat : 2. Peserta Mentor Menti Bilangan Peserta : 15 Bilangan Peserta : 30 3. Skop Pementoran : i. Pegawai Lantikan Baru/ Baru Bertukar ii. Kenaikan Pangkat ii. Bertukar Masuk 4. Gambar Program Pementoran 1. Bengkel Pementoran pada 25 hingga 26 Februari 2021 melalui dalam talian menggunakan capaian Google Meet. 25 FEBRUARI 2021 17 SEPTEMBER 2021 /

27 2. Mesyuarat Penyelarasan Program Pementoran Secara Dalam Talian

28 5. Ulasan Keseluruhan Penyelaras Kementerian/ Jabatan/ SUK: Pelaksanaan Program Pementoran di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) adalah selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 18 Tahun 2005 : Panduan Aplikasi Psikologi Dalam Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2010 : Pelaksanaan Pementoran Dalam Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam. Program Pementoran 2021 dimulai dengan menganjurkan Bengkel Training Of Trainers (TOT) Pementoran yang telah diadakan pada 25 dan 26 Februari 2021 melalui dalam talian dengan menggunakan capaian Google Meet. Objektif bengkel ini adalah untuk memberi panduan dan penjelasan kepada semua mentor dan menti yang terpilih tentang pelaksanaan program pementoran yang akan dijalankan selama 6 bulan di KPKT. Objektif Program Pementoran dilaksanakan di KPKT adalah untuk meningkatkan kemahiran dan kecekapan menti dalam kompetensi personel, sosial, budaya dan profesional. Selain itu, mentor dapat membantu menti untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja dan organisasi dengan cepat supaya dapat memberikan sumbangan yang optimum kepada jabatan. Bahagian Sumber Manusia, KPKT juga ingin membudayakan budaya kerja kelas pertama dan berprestasi tinggi dalam organisasi dan menerapkan amalan pembelajaran berterusan di kalangan warga KPKT. Pemadanan secara rasmi di antara Mentor dan Menti dijalankan terus semasa Bengkel TOT Pementoran. Bengkel ini memberi ruang kepada semua mentor dan menti menjalankan sesi taaruf di antara mereka. Pemahaman tentang prosedur pementoran juga telah dijelaskan dengan lebih mendalam oleh penceramah yang didatangkan khas dari Bahagian Pengurusan Psikologi, JPA iaitu Puan Siti Hasiah binti Jusoh. Format laporan telah diberi penjelasan kepada para mentor dan menti untuk diisi dan dihantar kepada urus setia mengikut masa yang telah ditetapkan. Sebagai kaedah pemantauan perkembangan Program Pementoran 2021, urusetia telah melaksanakan Mesyuarat Penyelarasan Pementoran sebanyak 3 kali sepanjang tahun 2021. Para mentor dan menti yang hadir semasa mesyuarat

29 berpeluang mengemukakan isu-isu sepanjang proses pelaksanaan pementoran ini dan berkongsi pengalaman tentang pementoran yang dijalankan. Para peserta saling bertukar idea dan pendapat bagi memastikan program pementoran berjalan dengan lancar dan teratur. Melalui pemantauan yang dijalankan, para mentor telah membantu menti dalam meningkatkan kompetensi profesional dan personel menti. Secara tidak langsung, profesion dan daya kepimpinan mentor juga dapat digilap dengan lebih baik. Pemantauan selanjutnya dijalankan melalui aplikasi Whatsapp yang telah diwujudkan oleh pihak urusetia memandangkan perjumpaan secara fizikal adalah terbatas. Terdapat mentor yang telah mengambil inisiatif menggunakan platform Google meet sebagai alternatif bertemu secaya maya dengan menti sepanjang musim COVID 19 ini. Secara keseluruhannya, Program Pementoran di kementerian ini berjaya dilaksanakan walaupun berdepan dengan cabaran pandemik. Program ini perlu diteruskan di dalam perkhidmatan awam agar lebih ramai penjawat awam yang kompeten dalam pelbagai aspek kerjaya dan kehidupan berjaya dibentuk demi kesejahteraan psikologi mereka. Program Pementoran ini mampu mewujudkan suasana kerja yang harmoni dan mesra. Sesungguhnya, melalui hubungan baik tersebut ia mampu menyumbang ke arah suasana kerja yang lebih sihat, ceria dan dapat meningkatkan lagi keseronokan bekerja.

30 KEMENTERIAN KERJA RAYA

31 LAPORAN PROGRAM PEMENTORAN KESELURUHAN KEMENTERIAN KERJA RAYA TAHUN 2021 1. Tarikh Mula Tarikh Tamat 2. Sasaran Peserta Mentor Menti Bilangan Peserta : 15 individu Bilangan Peserta: 15 individu 3. Skop Pementoran : i. Pegawai Lantikan Baru ii. Kenaikan Pangkat 4. Gambar Program Pementoran 5 Ogos 2021 6 Ogos 2021 X

32

33 5. Ulasan Penyelaras Kementerian Program Pementoran Kementerian Kerja Raya tahun 2021 ini dilaksanakan selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 18 Tahun 2005 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Awam Bilangan 8 Tahun 2010. Program pementoran Kementerian Kerja Raya kali ini melibatkan 30 orang peserta yang terdiri dari 15 mentor dan 15 menti dari pelbagai Bahagian di Kementerian Kerja Raya. Selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di negara untuk mengelakkan penularan wabak COVID-19, Program Pementoran pada tahun ini telah dilaksanakan melalui kaedah atas talian (online) yang memfokuskan kepada kakitagan yang baru melaporkan diri ke Kementerian Kerja Raya. Dari segi pelaksanaan pula, terdapat beberapa aspek yang membantu melancarkan lagi program ini. Ini bermula daripada pemadanan secara rasmi diantara Mentor dan Menti secara maya beserta aku janji yang ditandatangani oleh para peserta dan dimuat naik melalui aplikasi google form. Program Pementoran diadakan khas untuk tujuan membina kepercayaan dan hubungan teras dan pemahaman prosedur telah dijalankan dengan lebih mendalam di dalam program ini. Berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini, Kementerian Kerja Raya juga telah mengambil inisiatif dengan menyediakan pautan google form bagi tujuan pelaporan kemajuan menti serta penilaian peserta bagi memudahkan para mentor dan menti untuk menghantarkan laporan mereka kepada urusetia Program Pementoran KKR. Laporan berkala setiap dua bulan dihantarkan secara konsisten mengikut jadual. Berdasarkan laporan yang diterima pula, didapati mentor-mentor telah memberikan komen yang positif mengenai perkembangan menti masing-masing. Mentimenti juga telah menunjukkan peningkatan di dalam kompetensi personal dan kompetensi sosial melalui program pementoran yang dilaksanakan walaupun terpaksa berhubung dengan mentor melalui kaedah atas talian sepanjang program berlangsung. Ini menjadikan pementoran sebagai satu medium pengajaran melalui teladan yang membantu pegawai-pegawai baru mengikut teladan yang baik dan efektif. Melalui pemantauan yang dijalankan, para mentor dan menti menunjukkan budaya kerja positif dan murni di dalam pelaksanaan program ini. Nilai tolong-menolong dan perkongsian ilmu pengetahuan yang dijalankan memberi impak di dalam kerja

34 harian. Mereka juga aktif bertanya kepada pihak penyelaras program tentang isu-isu atau persoalan yang perlu diselesaikan bagi menjayakan program ini. Program Pementoran ini juga dilihat sebagai platform kepada satu usaha menjadikan perkhidmatan awam sebagai satu pusat pembelajaran berterusan dan perkongsian pengalaman antara kakitangan yang berkhidmat. Secara keseluruhannya, program Pementoran Kementerian Kerja Raya ini dapat membantu menaikkan tahap kecekapan di dalam mengendalikan aspek pekerjaan, perhubungan antara ketua dan pekerja serta khidmat layanan kepada pelanggan luar dan dalaman. Program ini perlu diteruskan di dalam perkhidmatan awam agar budaya kerja kelas pertama dapat direalisasikan di kalangan anggota perkhidmatan awam.

35 KEMENTERIAN PENGANGKUTAN MALAYSIA

36 LAPORAN PROGRAM PEMENTORAN KEMENTERIAN PENGANGKUTAN MALAYSIA TAHUN 2020/2021 1. Tarikh Mula Tarikh Tamat 2. Sasaran Peserta Mentor Menti Bilangan Peserta : 12 Bilangan Peserta: 12 3. Skop Pementoran : i. Pegawai Lantikan Baru 4. Gambar Program Pementoran Tahun 2020/ 2021 Oktober 2020 Mei 2021 

37 5. Ulasan (Keseluruhan) Penyelaras Kementerian: Program Pementoran bagi tahun 2020/ 2021 ini bermula pada Oktober 2020 dan dilanjutkan sehingga Bulan Mei 2021 atas sebab Pandemic Covid-19 yang berlaku. Seramai 12 orang mentor dan 12 orang menti yang terdiri daripada Kumpulan Pengurusan Profesional dan Kumpulan Pelaksana di kalangan warga Kementerian dan Jabatan di bawah Kementerian Pengangkutan telah melibatkan diri dalam program pementoran ini. Bagi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan, aktiviti perhubungan pementoran antara mentor dan menti sepanjang Tahun 2020 hingga 2021 adalah digalakkan melalui komunikasi atas talian seperti virtual, telefon, e-mel dan Whatapps. Pelaporan berkala dan kajian impak pementoran ini juga adalah menggunakan Google Form yang membolehkan semua mentor dan menti dapat mengakses dokumen tidak kira di mana mereka berada. Dari segi pelaksanaan, pelbagai aktiviti telah diadakan untuk membantu Menti meningkatkan keyakinan, potensi dan keupayaan pekerja melalui khidmat bimbingan, sokongan serta bantuan menghadapi krisis dalam pekerjaan dan pembangunan diri individu. Antaranya aktiviti ialah seperti berikut:- i. Kursus Training Of Trainers (TOT) secara atas talian pada 22 Oktober 2020. Pengisian Kursus Training Of Trainers (TOT) adalah disampaikan oleh Pegawai Psikologi Kementerian. a. Membantu Mentor dan Menti meningkatkan pengetahuan tentang pelaksanaan Program Pementoran dalam Perkhidmatan Awam. b. Memberi fokus kepada membina hubungan dan meningkatkan kemahiran dalam skop pekerjaan dan pembangunan kemahiran interpersonal antara Mentor dan Menti ii. Ulasan Buku a. Setiap Menti haruslah mengulas sebuah Buku/ Jurnal/ Kertas Persidangan/ Bahan Bacaan yang memberi motivasi kepada dirinya. b. Ulasan buku yang disediakan oleh Menti perlu mendapatkan pengesahan daripada Mentor masing.

38 iii. Mesyuarat Penyelarasan Mentor a. Mesyuarat ini dipengerusi oleh Encik Wan Rahim bin Wan Yunan, KPSU(KJ) pada 15 Disember 2020 di Bilik Kemudi, Aras 6, Kementerian Pengangkutan. Seramai 8 orang menti hadir mesyuarat tesebut. b. Mesyuarat ini adalah bertujuan membincangkan mengenai pelaksanaan Program Pementoran di Kementerian Pengangkutan bagi Tahun 2020/ 2021. iv. Aktiviti Ujian Personalti Indikator Perwatakan Unggul (IPU), JPA & Bengkel Pemantapan Pementoran a. Bengkel ini diadakalan pada 28 April 2021 (Rabu) secara atas talian (video conference) dan seramai 12 orang Menti telah menghadiri bengkel tersebut. b. Bengkel ini adalah satu usaha untuk membantu pegawai (Menti) mengembangkan potensi diri serta meningkatkan prestasi dalam organisasi. v. Bengkel Pemantapan Perhubungan Pementoran a. Bengkel ini diadakan pada 27 hingga 28 Mei 2021 (Khamis & Jumaat) secara atas talian. b. Bengkel bagi memberi pendedahan kepada mentor dan menti, perkongsian pengalaman untuk meningkatkan kompetensi diri dan memantapkan perhubungan pementoran. c. Pengisian adalah disampaikan oleh penceramah jemputan, Tuan Syed Bismit daripada Petaminda Training Consultant. vi. Kad Terima Kasih/ Kad Motivasi a. Mentor akan menyediakan Kad Motivasi kepada Menti dan Menti juga menyediakan Kad Terima Kasih kepada Mentor masingmasing. vii. Sijil Penghargaan a. Sebagai tanda pengiktirafan, setiap mentor dan menti akan menerima Sijil Penghargaan Program Pementoran oleh YBhg. Datuk KSU setelah menamatkan Program Pementoran dengan jayanya.

39 b. Penyertaan pegawai dalam pementoran mestilah dimasukkan sebagai salah satu aktiviti dalam Sasaran Kerja Tahunan (SKT) pegawai pada tahun ia dinilai. viii. Anugerah Pementoran Perkhidmatan Awam Peringkat Kementerian dan Jabatan/ Agensi di bawah kementerian a. Jawatankuasa Panel Pemilihan (Memilih, Menilai & Menentukan) yang terdiri daripada Pengurus Sumber Manusia, Pegawai Psikologi dan Wakil Jawatankuasa Program Pementoran Agensi telah ditubuhkan. Terdapat sebanyak 9 orang Mentor dan Menti dalam senarai nama pendek. Sesi Pembentangan Aktiviti juga diadakan pada 24 Ogos 2021 jam 2.30 petang secara atas talian. Antara pemenang adalah seperti berikut: b. Anugerah Mentor Terbaik Nama : Encik Nazri Bin Abd. Aziz Jawatan : Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP32 c. Anugerah Menti Terbaik Nama : Encik Mohd Faris Bin Abd Hamid Jawatan : Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) Gred N19 d. Anugerah Pasangan Mentor dan Menti Terbaik Nama Mentor: Encik Mohd Ikmal Hisyam Bin Mohd Fuead Jawatan : Pegawai Tadbir & Diplomatik, M48 Nama Menti : Encik Muhammad Hisham Bin Mazlan Jawatan : Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) Gred N19 Secara keseluruhannya, Program Pementoran Tahun 2020/ 2021 di Kementerian Pengangkutan telah dilaksanakan dengan jayanya dan telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan di kalangan peserta dan memberi impak yang positif kepada mentor dan menti serta organisasi.

40 KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT

41 LAPORAN PROGRAM PEMENTORAN KESELURUHAN KEMENTERIAN/ JABATAN/ SUK: KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT TAHUN 2020/2021 1. Tarikh Mula : Tarikh Tamat : 2. Peserta Mentor Menti Bilangan Peserta : 24 orang Bilangan Peserta: 24 orang 3. Skop Pementoran : i. Pegawai Lantikan Baru ii. Kenaikan Pangkat iii. Bertukar Masuk 4. Gambar Program Pementoran 1 APRIL 2021 10 SEPTEMBER 2021 / /

42 5. Ulasan Keseluruhan Penyelaras Kementerian/ Jabatan/ SUK :

43 Program Pementoran Peringkat Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sesi 2020/2021 telah dilaksanakan bermula pada 1 April 2021 sehingga 10 September 2021. Program Pementoran ini melibatkan seramai 24 orang mentor yang dipilih berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan dan 24 orang menti yang terdiri daripada penjawat awam baharu yang baharu melaporakan diri dan bertukar masuk ke Kementerian ini. Sebagai persediaan program, Unit Pengurusan Psikologi telah melaksanakan sesi taklimat awal kepada wakil dari setiap bahagian bagi menerangkan hasrat pelaksanaan program ini dan juga mewara-warakan tentang peranan dan perkara yang berkaitan dengan pelaksanaan Program Pementoran. Pada 1 April 2021 bertempat di Dewan Perdana Nur,KPWKM, satu sesi latihan (Training of Trainers) telah diadakan bersama mentor sebagai persediaan sebelum proses pementoran sebenar bermula. Pada sebelah petang pula para mentor dipertemukan bersama menti bagi sesi suai kenal. Satu majlis Perasmian Program Pementoran juga telah diadakan pada 12 April 2021 yang dirasmikan oleh YBhg. Dr. Maziah binti Che Yusoff, Ketua Setiausaha Kementerian. Pada majlis yang sama juga, YBhg. Dr. Ketua Setiausaha turut sudi menyampaikan sijil pelantikan kepada mentor dan menti yang terlibat. Menyedari tentang situasi pandemik COVID-19 semasa, medium komunikasi dan pelaksanaan sesi pertemuan program pementoran juga turut berubah daripada kaedah bersemuka kepada kaedah pertemuan secara maya. Sepanjang Program Pementoran berlangsung para peserta turut dipantau menerusi aplikasi Whatsapp, e-mel dan telefon. Sebagai tanda penghargaan kepada para mentor dan menti yang sentiasa menunjukkan komitmen dan daya usaha yang jitu, satu Majlis Anugerah Pementoran secara maya telah diadakan pada 21 Oktober 2021 bersempena Hari Psikologi KPWKM tahun 2021. Tiga (3) kategori Anugerah Pementoran iaitu Anugerah Mentor Terbaik, Anugerah Menti

44 Terbaik dan Anugerah Pasangan Mentor Menti terbaik telah diumumkan semasa majlis tersebut. Berdasarkan kepada analisis penilaian pra dan pasca Program Pementoran, didapati bahawa berlaku peningkatan terhadap keempat-empat kompetensi yang dimentorkan daripada skala “baik” kepada skala “cemerlang”. Kesimpulannya, Program Pementoran ini sangat sesuai dan efektif dilaksanakan khususnya dalam membantu proses penyesuaian penjawat awam baharu atau yang bertukar masuk. Komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh para mentor dan menti menjadi pemangkin terhadap kejayaan pelaksanaan program ini. Sokongan dan peranan yang dizahirkan oleh pihak pengurusan tertinggi Kementerian juga sangat penting dalam menyuntik semangat para peserta dalam menjayakan Program pementoran ini.

45 KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA

46 LAPORAN PROGRAM PEMENTORAN KESELURUHAN KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA TAHUN 2021 1. Tarikh Mula : Tarikh Tamat : 2. Peserta Mentor Menti Bilangan Peserta : 21 orang Mentor yang terpilih adalah pegawai yang berpengalaman dalam perkhidmatan beliau. Mentor yang terpilih adalah pegawai daripada skim bukan gunasama iaitu skim Penguat Kuasa dan juga skim gunasama. Bilangan Peserta : 25 orang Menti yang terpilih adalah pegawai yang baharu lantik dalam perkhidmatan iaitu Gred 41 dan juga Gred 19. Menti yang terpilih adalah pegawai daripada skim bukan gunasama iaitu skim Penguat Kuasa dan juga skim gunasama. 3. Skop Pementoran : i. Pegawai Lantikan Baru ii. Kenaikan Pangkat iii. Bertukar Masuk 15 Mac 2021 15 Disember 2021 /

47 4. Gambar Program Pementoran Rajah 4.1 Capaian untuk mengisi Buku Log secara online. Rajah 4.2 Contoh laporan yang dijana selepas ahli pementoran mengisi setiap sesi yang telah dilaksanakan.

48 5. Ulasan Keseluruhan Penyelaras Kementerian/ Jabatan/ SUK : Dalam menyusuri zaman Pandemik ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah mewujudkan inisiatif-inisiatif yang baharu dalam mentranformasikan pelaksanaan Program Pementoran di peringkat kementerian. Transformasi bagi Program Pementoran tahun 2021 termasuklah kemudahan untuk mengisikan Buku Log Pementoran melalui capaian Google Form yang telah dibangunkan oleh Unit Pengurusan Psikologi, KPDNHEP. Laporan softcopy akan dijana oleh sistem Google Form itu sendiri dan dihantar semula kepada ahli pementoran yang telah mengisi maklumat bagi setiap sesi yang telah dilaksanakan. Selain itu juga, proses pelaksanaan sub program iaitu Program TOT Pementoran, Mesyuarat Penyelarasan Pementoran serta Program Pemantapan Rajah 4.3 Gambar pelaksanaan Program TOT Pementoran secara atas talian Rajah 4.4 Gambar pelaksanaan Program Pemantapan Pementoran

49 Pementoran juga telah dilaksanakan secara atas talian dengan menggunakan platform Google Meet atau Zoom Meeting. Bahan-bahan perbincangan untuk tujuan pelaksanaan sesi secara atas talian juga turut dibekalkan bagi memudahkan pasangan Mentor dan Menti meneroka topik yang boleh diulaskan semasa sesi. Secara keseluruhannya, pelaksanaan Program Pementoran KPDNHEP Tahun 2021 mencatat satu titik bersejarah di mana program pementoran yang dijalankan secara fizikal selama ini telah mengambil pendekatan baharu dan mencuba sesuatu yang belum pernah dilakukan sepanjang pelaksanaan Program Pementoran di KPDNHEP. Bagi menetapkan hala tuju KPDNHEP dalam pelaksanaan Program Pementoran 2022, pihak urus setia akan melaksanakan kajian impak secara teliti selepas tamatnya Program Pementoran tahun 2021 pada 15 Disember 2021 untuk mengkaji keberkesanan dari segi empat (4) kompetensi utama dan juga kesan program ini ke atas organisasi dan juga perhubungan pementoran secara amnya. Pihak urus setia juga bercadang untuk mendapatkan maklum balas daripada ahli pementoran serta barisan urus setia yang menggunakan capaian Google Form ini sama ada kemudahan ini adalah membantu ke atas kelancaran pelaporan setiap sesi serta pengumpulan data dalam mengemaskini setiap sesi yang telah dilaksanakan.

50 KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

51 LAPORAN PROGRAM PEMENTORAN KESELURUHAN KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR TAHUN 2021 1. Tarikh Mula : Tarikh Tamat : 2. Peserta Mentor Menti Bilangan Peserta : 20 Bilangan Peserta : 20 3. Skop Pementoran : i. Pegawai Lantikan Baru/ Baru Bertukar ii. Kenaikan Pangkat ii. Bertukar Masuk 4. Gambar Program Pementoran Program Training of Trainer (TOT) Pementoran Kementerian Pembangunan Luar Bandar telah dilaksanakan pada 9-10 Mac 2021 secara dalam talian menerusi aplikasi google meet. Program TOT ini telah dikendalikan oleh Puan Siti Hasiah binti Jusoh, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA). Mesyuarat Berkala Pertama Pementoran KPLB telah berlangsung pada 9 April 2021 bertempat di Bilik Mesyuarat Aster, Aras 17, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia KPLB. Agenda mesyuarat kali ini adalah bertujuan penyampaian amanat daripada Encik Mohd Nazri bin Mohd Deni, Setiausaha Bahagian (SUB), 1 MAC 2021 1 SEPTEMBER 2021 / /

52 Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) dan Penyerahan Kit Pementoran kepada mentor menti. Mesyuarat Berkala Kedua telah diadakan pada 23 Jun 2021 secara dalam talian menerusi aplikasi google meet. Agenda mesyuarat kali ini adalah perkongsian Amalan Terbaik (Best Practices) Pementoran Perkhidmatan Awam yang disampaikan oleh penceramah jemputan daripada En. Johari bin Md Salim, Kaunselor MARA dan En Mohd Badrul bin Mohamad, Pegawai Psikologi KETSA. Program Kecemerlangan Mentor Menti telah berjaya diadakan pada 27-29 Julai 2021 secara dalam talian menerusi aplikasi Microsoft Teams yang dikendalikan oleh Trainer Green Explorer Resourses. Seramai 24 orang di sertai bersama Mentor dan Menti di KPLB. Program ini telah mencapai objektif yang ditetapkan walaupun program team building julung kali diadakan secara dalam talian. Hampir 90 peratus aktiviti yang dilaksanakan adalah sama dengan aktiviti secara fizikal.

53 Program ini dapat diteruskan di masa akan datang dengan pengisian yang lebih mantap. Mesyuarat Berkala Ketiga merupakan Majlis Penutup Pementoran telah diadakan pada 28 Oktober 2021 secara dalam talian menerusi aplikasi google meet. Agenda mesyuarat ini adalah Penyerahan Sijil Pelantikan Mentor Menti KPLB. Majlis Pasca Pementoran KPLB telah diadakan pada 15 Oktober 2021 bertempat di Bilik Mesyuarat Aster, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), KPLB. Agenda mesyuarat pasca ini adalah untuk meraikan mentor menti yang telah berjaya menamatkan program pementoran serta mengukuhkan silaturahim di antara mentor dan menti di peringkat kementerian.

54 5. Ulasan Keseluruhan Penyelaras Kementerian: Secara keseluruhannya, program ini telah berjaya dilaksanakan di kementerian untuk peringkat ke 12 walaupun terdapat beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan seperti situasi pandemik COVID-19 yang menunjukkan kebanyakan program dilaksanakan secara dalam talian, pertukaran pegawai di saat akhir dan pegawai yang tidak dapat memberi komitmen dalam program pementoran serta penangguhan disebabkan pegawai bertugas di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) selama beberapa bulan. Sehubungan itu, hanya 31 orang mentor menti yang telah berjaya melaksanakan program pementoran bagi tahun 2021 daripada 40 orang mentor menti.

55 KEMENTERIAN TENAGA DAN SUMBER ASLI

56 LAPORAN PROGRAM PEMENTORAN KESELURUHAN KEMENTERIAN TENAGA DAN SUMBER ASLI TAHUN 2020/2021 6. Tarikh Mula : Tarikh Tamat : 7. Peserta Mentor Menti Bilangan Peserta : 8 orang Bilangan Peserta : 8 orang 8. Skop Pementoran : i. Pegawai Lantikan Baru ii. Kenaikan Pangkat iii. Bertukar Masuk 9. Gambar Program Pementoran 10 OGOS 2020 10 MAC 2021 /

57

58 10.Ulasan Keseluruhan Penyelaras Kementerian/ Jabatan/ SUK : Kementerian Tenaga dan Sumber Asli, Seksyen Pembangunan Modal Insan telah menganjurkan Bengkel (TOT) Pementoran Perkhidmatan Awam Tahun 2020 dan Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan kepada Mentor dan Menti, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli pada 10 dan 11 Ogos 2020 bertempat di Dewan Baiduri, KeTSA. Program ini akan mengambil masa selama 6 bulan yang dijangka akan ditamatkan pada bulan Mac 2021. Bilangan mentor dan menti yang terlibat pada kali ini seramai 16 orang iaitu 8 orang mentor dan 8 orang menti yang dilantik. Merujuk kepada Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2010 Program Pementoran merupakan satu pendekatan untuk memberi bimbingan, sokongan dan bantuan secara profesional oleh mentor (pegawai yang terlatih, berkemahiran dan beretika) bagi pembangunan diri menti (pegawai yang memerlukan bimbingan). Pendekatan ini melibatkan aktiviti perhubungan, pemindahan kemahiran peribadi dan profesional seorang pegawai dalam jangka masa yang ditetapkan. Objektif seperti berikut: i. Menggabung jalinkan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam situasi pekerjaan yang sebenar di pejabat; ii. Menangani masalah pengurusan diri di pejabat untuk menghasilkan kualiti kerja yang tinggi; iii. Menggunakan kemahiran berfikir dan pengurusan diri untuk menyelesaikan masalah serta membuat keputusan yang rasional di pejabat; dan iv. Menggalakkan budaya pembelajaran sepanjang hayat. Bahagian ini telah menjemput pegawai psikologi daripada Bahagian Pengurusan Psikologi , Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Sains, Teknologi, & Inovasi (MOSTI) sebagai penceramah bagi mengendalikan bengkel tersebut yang telah diadakan selama 2 hari. Sebelum bengkel bermula satu majlis Penyampaian Watikah Perlantikan kepada mentor dan menti yang terpilih telah diadakan. Majlis ini telah disempurnakan oleh Encik Anuar Bin Othman Setiausaha

59 Bahagian Pengurusan Sumber Manusia mewakili Setiausaha Bahagian Kanan (Khidmat Pengurusan) Kementerian Tenaga dan Sumber Asli. Dalam amanah yang disampaikan beliau menyatakan bahawa perubahan dunia masa kini dengan cabaran globalisasi, Knowledge-worker, Knowledgeeconomy dan cabaran Industri 4.0 menuntut tenaga kerja lebih bersedia, terbuka dan fleksibel dalam mengendalikan urusan kerja seharian. Melalui program pementoran ini, output yang dikeluarkan memiliki kelebihan persaingan yang mantap dan menggalakkan amalan pembelajaran berterusan di samping mengurus modal insan secara efektif dan menyeluruh tanpa mengabaikan elemen psikologi dan kemanusiaan. Besarlah harapan saya kepada kumpulan mentor dan menti pada tahun ini agar menunjukkan peningkatan yang lebih baik daripada pelaksanaan sebelum ini terutama berkaitan aspek impak program secara keseluruhan dan pencapaian impak berdasarkan domain kompetensi yang diukur.

60 KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI

61 LAPORAN PROGRAM PEMENTORAN KESELURUHAN KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI (KPPK) TAHUN 2021 1. Tarikh Mula : Tarikh Tamat : 2. Peserta Mentor Menti Bilangan Peserta : 13 Bilangan Peserta : 14 3. Skop Pementoran : i. Pegawai Lantikan Baru ii. Kenaikan Pangkat iii. Bertukar Masuk 4. Latar Belakang Program Pementoran KPPK bermula pada 30 Mac 2021 hingga 27 Oktober 2021. Program ini telah diseraskan oleh Unit Latihan dan Kaunseling, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi. Program Training of Trainer (ToT) Pementoran KPPK) telah diadakan pada 30 dan 31 Mac 2021 bertempat di Dewan Keruing, KPPK dan dirasmikan oleh Encik Toisin Gantor, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan Strategik & Pengurusan), KPPK yang telah sudi untuk menyampaikan sijil watikah pelantikan Mentor dan Menti. Program yang diadakan secara hibrid ini juga turut diserikan dengan kehadiran Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPPK iaitu Puan Hanim Abdollah dan penceramah jemputan dari Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia iaitu Puan Maemuna Abidi 30 Mac 2021 27 Oktober 2021 / /

62 Senarai Nama Mentor Dan Menti Untuk Program Pementoran Tahun 2021 BIL. MENTOR / MENTI NAMA JAWATAN/ GRED BAHAGIAN 1. Mentor Puan Azinida binti Muhamad PTD/ M52 PPK 2. Menti Puan Siti Rahah binti Mohamed Mohayaddin PTD/ M44 BISS 3. Mentor YM Tengku Nurlina binti Tengku Shah Buddin PTD/ M52 PSM 4. Menti Puan Nurulhuda binti Abdul Hamid PTD/ M44 PSA 5. Mentor Puan Zaina binti Mohammad PTD/ M44 GET 6. Menti Puan Wan Nur Hidayah binti W. Abdullah PTD/ M41 PPK 7. Mentor Encik Mohd Firdaus bin Muhammad Ali PTD/M48 BISS 8. Menti Puan Noor Ashiqin binti Hambali PTD/M41 KTK 9. Menti Encik Muhammad Aminurrasyid bin Zulkeflee PTD/ M41 KTK 10. Mentor Puan Kartini binti Abdullah N36 PSM 11. Menti Encik Saifudin bin Md Zain F29 BPM 12. Mentor Puan Nur Farah Qistina binti Abdullah N29 PSA 13. Menti Puan Norafzan binti Zaidi PT(P/O) PSM 14. Mentor Encik Aqmar bin Hamid PTD/ M48 PSA 15. Menti Encik Alvin Fred PTD/ M41 BISS 16. Mentor Puan Siti Ishah binti Shamsudin W36 BA 17. Menti Cik Junaini binti Salleh PT(P/O) Unit Integriti 18. Mentor Encik Rosmi bin Abd Razak F32 PSM 19. Menti Encik Shahrizal bin Mastor PT(P/O) PPK 20. Mentor Puan Hayatul Farah binti Mohd Nor W32 BA 21. Menti Puan Nor Asnadinie binti Ali PT(P/O) PSA 22. Mentor Puan Zamdafilla binti Abdul Majid F29 BPM 23. Menti Puan Norslinda binti Mohamed Noor PT(P/O) UAD 24. Mentor Puan Norliana binti Ab. Karim W29 BA 25. Menti Puan Sazura binti Abdul Rahim PT(P/O) PPK 26. Mentor Puan Dalilah binti Rusli N22 PPK 27. Menti Puan Siti Husna binti Idrus PT(P/O) BBA

63 5. Ulasan Keseluruhan Hasil Kajian Impak Pasca Pementoran Bagi Faedah Perhubungan Pementoran Tahun 2021 KPPK

64 Secara keseluruhannya, pelaksanaan program pementoran memberi impak kepada pasangan mentor dan menti melalui pendedahan ilmu, pengalaman dan kemahiran. Majoriti mentor dan menti yang dilantik memberikan komitmen yang tinggi hingga berjaya menamatkan program pementoran ini dengan jayanya. Program ini membantu menti meningkatkan motivasi dan minat terhadap kerjaya, membantu proses penyesuaian diri dalam iklim organisasi serta membangunkan kemahiran dan potensi diri menti. Selain itu, pihak urusetia juga akan meningkatkan usaha-usaha ke arah penambahbaikan program pementoran ini seperti penyelarasan perjumpaan atau mesyuarat pementoran yang konsisten agar memudahkan mentor dan menti mendapat panduan yang lebih baik dalam pelaksanaan proses pementoran di samping memberikan keutamaan pemadanan mentor dan menti dari kalangan bahagian yang sama agar memudahkan proses pementoran dijalankan bagi mentor memantau perkembangan menti. Diharap penambahbaikan yang akan dilaksanakan bagi tahun 2022 akan menjadikan program ini lebih efektif dalam mewujudkan budaya kerja berprestasi tinggi demi pembangunan kendiri individu dan organisasi.

65 KEMENTERIAN ALAM SEKITAR DAN AIR

66 LAPORAN PROGRAM PEMENTORAN KESELURUHAN KEMENTERIAN ALAM SEKITAR DAN AIR TAHUN 2021 1. Tarikh Mula : Tarikh Tamat : 2. Peserta Mentor Menti Bilangan Peserta : 16 Bilangan Peserta : 16 3. Skop Pementoran : i. Pegawai Lantikan Baru ii. Kenaikan Pangkat iii. Bertukar Masuk 4. Program Training Of Trainer (TOT) Pementoran KASA 23 Mac 2021 16 November 2021 / /

67 5. Ulasan Keseluruhan Penyelaras Kementerian Program Pementoran bagi Kementerian Alam Sekitar dan Air merupakan kali pertama diadakan pada Tahun 2021. Program ini dimulakan dengan mengadakan Program Training of Trainer (TOT) Pementoran yang dijalankan pada 23 hingga 24 Mac 2021. Seramai 41 orang pasangan mentor dan menti terlibat pada peringkat awal tetapi terdapat kekangan seperti berlaku pertukaran dan sebagainya menyebabkan hanya 32 orang pasangan mentor dan menti yang berjaya menamatkan program pementoran ini. Peserta – peserta yang terlibat merupakan pegawai lantikan baru dan baru bertukar masuk ke KASA. Oleh kerana program ini dijalankan semasa perintah kawalan pergerakan ianya diadakan sepenuhnya secara atas talian. Mesyuarat penyelarasan program pementoran turut diadakan secara atas talian. Sepanjang mesyuarat ini diadakan sebanyak 3 kali, semua pasangan mentor dan menti memberi komitmen yang tinggi dan menyertai setiap mesyuarat tersebut. Berdasarkan laporan yang dikemukakan oleh setiap pasangan mentor dan menti, ianya menunjukkan perkembangan yang positif yang mana semua menti

68 telah menunjukkan peningkatan di semua kompetensi yang di ukur. Sebagai contoh dari segi Kompetensi Personel menunjukkan semua menti berada dalam skala cemerlang. Ini menunjukkan menti mendapat kecekapan dan peningkatan kemahiran dalam melaksanakan prosedur penyampaian perkhidmatan hasil daripada perhubungan pementoran yang telah dijalankan. Secara keseluruhannya, program pementoran ini memberi impak kepada pasangan mentor dan menti melalui pendedahan ilmu, pengalaman dan kemahiran bagi kompetensi professional, budaya, peribadi dan sosial. Program ini juga memberi peluang kepada menti untuk menjadi penjawat awam yang mampu menyumbang secara efektif kepada kecemerlangan diri dan juga organisasi.

69 KEMENTERIAN LUAR NEGERI

70 LAPORAN PROGRAM PEMENTORAN KEMENTERIAN LUAR NEGERI TAHUN 2020/2021 1. Tarikh Mula: 17 November 2020 Tarikh Tamat: 14 September 2021 2. Sasaran Peserta: Mentor : Timbalan Ketua Setiausaha Khidmat Pengurusan (Gred JUSA A) Menti : Konsul General Dubai (Gred M54) PEMBAHAGIAN PESERTA MENTOR MENTI 1 Orang 1 Orang Jumlah: 2 Orang 3. Skop Pementoran: i. Pegawai Lantikan Baru ii. Urusan Kenaikan Pangkat 4. Fokus Pementoran: i. Tunjuk-ajar daripada mentor kepada menti berkaitan pengendalian pejabat pewakilan di luar negara; ii. Memberi sokongan kepada perkembangan pengetahuan menti dalam membina jaringan bersama individu-individu berporfil tinggi; dan iii. Pembentukan karektor menti melalui perkongsian pengalaman. 5. Ulasan Penyelaras Program Pementoran Program Pementoran Kepimpinan Tahun 2020/2021 bagi Kementerian Luar Negeri telah diadakan bermula 17 November 2020 melibatkan YBhg. Datuk Rahimi Harun, Timbalan Ketua Setiausaha Khidmat Pengurusan (TKSU KP) sebagai mentor dan Encik Mohd Hasril Abdul Hamid, Konsul General Dubai sebagai menti. Program Pementoran Kepimpinan dijalankan secara bersemuka dan juga secara maya iaitu melalui Google Meet. Program pementoran ini melibatkan: x

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy