90 ULASAN (KESELURUHAN) PENYELARAS KEMENTERIAN Pengiktirafan, penghargaan dan sokongan terhadap peranan AKRAB akan diteruskan bagi memberi sumber inspirasi kepada rakan AKRAB bagi menyumbang khidmat kepada warga kerja. Aspek promosi terhadap AKRAB akan dipertingkatkan agar warga organisasi memahami peranan dan tanggungjawab AKRAB dalam membantu menyediakan perkhidmatan bimbingan, sokongan emosi dan sebagai barisan hadapan kementerian, jabatan dan agensi. Sebelum 10 Mac 2021, program AKRAB hanyalah dilaksanakan di peringkat kementerian dan bilangan ahli AKRAB hanya 73 orang bagi seluruh KPT. Sejak 10 Mac 2021 sehingga kini, KPT telah berjaya melaksanakan program AKRAB di peringkat kementerian, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) serta Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT). Bilangan ahli AKRAB yang telah mendapat pentauliahan daripada JPA meningkat daripada 73 orang kepada 101 orang ahli AKRAB. KPT mempunyai perancangan untuk mempergiatkan dan memperluaskan program AKRAB ke Universiti Awam.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy