Laporan Tahunan AKRAB 2021

89 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PROGRAM AKRAB Ahli AKRAB sebagai kelompok sokongan serta barisan hadapan dalam sesebuah jabatan berperanan penting dalam menyediakan sokongan psikologi dan emosi kepada warga yang memerlukan perkhidmatan psikologi di peringkat kementerian, jabatan dan agensi. AKRAB adalah konsep rakan membantu rakan dengan memupuk semangat berpasukan, keakraban dan keharmornian dalam kalangan warga kerja. AKRAB dalam organisasi diharapkan dapat membantu pembentukan kelompok pekerja yang mempunyai komitmen yang tinggi terhadap organisasi. Ahli AKRAB boleh dilatih sebagai agen transformasi kerajaan di sesebuah kerajaan untuk menjadi contoh model sikap peribadi dan tingkah laku yang baik kepada rakan sekerja lain. Ahli AKRAB memerlukan ahli jawatankuasa yang menyelaras dari segi aktiviti ahli-ahlinya. Jawatankuasa ini diletakkan di bawah Pengurusan Sumber Manusia bagi sesebuah kementerian, jabatan dan agensi. Tujuan penubuhan jawatankuasa ini adalah untuk membantu menyelaras dan memantau dari segi perkembangan, sumbangan dan menjaga kebajikan AKRAB. Antara perkara yang akan diberi fokus adalah: i. Mewujudkan jaringan kolaborasi dengan Pengurusan Sumber Manusia dalam mengurus sumber manusia; ii. Menyediakan latihan kompetensi secara berteruskan kepada ahli AKRAB selaras dengan keperluan semasa; iii. Memperkasakan peranan AKRAB dengan pengembelingan sumber secara maksimum untuk memberi impak secara langsung kepada warga; dan iv. Menjalankan penilaian semula terhadap program AKRAB dari semasa ke semasa bagi tujuan penambahbaikkan program dan relevan dengan isu masa terkini.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy