Laporan Tahunan AKRAB 2021

79 PROGRAM PERTAMA: POGRAM BICARA AKRAB KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA PROGRAM KEDUA : KURSUS PEMANTAPAN KOMPETENSI AKRAB (COLOUR THERAPY : HEALING WITH COLOUR) Program bicara AKRAB KSM merupakan inisiatif yang digerakan oleh jawatankuasa AKRAB KSM bagi melaksanakan AKRAB DAY sebagai satu platform untuk menyampaikan perkongsian ilmu kepada warga kerja KSM sepanjang tempoh kakitangan awam berkerja dari rumah (BDR). Sesi perkongsian selama satu hingga dua jam pada setiap hari rabu telah di laksanakan sebanyak 9 kali secara atas talian melalui aplikasi zoom dan disiarkan secara langsung di FB Psikologi KSM. Dengan pendekatan yang dilaksanakan ini, sambutan dari warga kerja KSM sangat menggalakan malah, sesi perkongsian bicara AKRAB ini juga diikuti oleh penjawat awam dari agensi lain di seluruh Malaysia. Berikut beberapa poster sesi bicara AKRAB yang telah berjaya dilaksanakan. Kursus Pemantapan Kompetensi AKRAB (Colour Therapy: Healing with Colour) telah diadakan pada 23 Jun 2021 yang dikendalikan oleh Puan Siti Fatimah binti Abdul Ghani (Pegawai Psikologi Universiti Putra Malaysia).

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy