Laporan Tahunan AKRAB 2021

5 MAKLUMAT KORPORAT AKRAB VISI Menjadikan AKRAB penggerak Budaya Kerja Kelas Pertama dalam organisasi. MISI  Melaksanakan aktiviti khidmat membimbing kepada warga organisasi.  Membantu pegawai yang memerlukan bantuan dalam menghadapi permasalahan dalam kehidupan.  Berperanan sebagai perantara di antara pegawai dengan kaunselor dalam membuat saringan kesesuaian masalah.  Mewujudkan hubungan baik dengan Pihak Pengurusan Sumber Manusia di semua peringkat organisasi bagi memudahkan pelaksanaan aktiviti AKRAB. OBJEKTIF Menyediakan perkhidmatan membimbing bagi membantu rakan sekerja meningkatkan potensi dan kecemerlangan. MOTTO “Berkhidmat Membimbing” FALSAFAH Setiap ahli AKRAB, anda perlu sentiasa menghayati falsafah AKRAB iaitu “Bantu Diri Untuk Membantu Rakan Lain”. Dalam usaha membantu rakan, anda mendapat pengetahuan, kemahiran dan pengalaman untuk mempertingkatkan diri dari segi ilmu pengetahuan, tingkah laku, perhubungan, kreativiti dan nilai kepada diri. PRINSIP Bersedia dan rela membantu rakan yang memerlukan bantuan tanpa mengira agama, bangsa, status, perlakuan dan rupa fizikal. PERANAN  Menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain dan keadaan sekeliling.  Memberi sokongan kepada perubahan yang lebih baik.  Sumber kepada rakan untuk berkongsi permasalahan.  Memperkuatkan semangat rakan yang ingin berubah.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy