75 5. Mesyuarat Jawatankuasa AKRAB MEDAC Bil 2/2021 | 12 Oktober 2021 Mesyuarat ini diadakan secara atas talian bagi penyelarasan program-program AKRAB di peringkat kementerian. 6. Sesi Bicara Buku Bersama AKRAB MEDAC Siri I | 15 Oktober 2021 Sesi Bedah Buku bersama AKRAB MEDAC yang diadakan secara atas talian. Sesi ini disampaikan oleh Timbalan Pengerusi AKRAB MEDAC iaitu Puan Diyana Akmal binti Mansor, Pegawai Arkib. Buku yang dikongsikan bertajuk “Don't Worry: Allah Lebih Tahu Yang Terbaik” oleh penulisnya Miftahul Asror Malik yang berkonsepkan motivasi islami. Buku ini menceritakan bagaimana kekuatan tentang doa, kenapa manusia berdoa, sebab-sebab doa kita tidak dimakbulkan, cara berdoa dengan betul dan adab-adab berdoa. 7. Sesi Bicara Buku Bersama AKRAB MEDAC Siri II | 21 Oktober 2021 Sesi bedah buku AKRAB Siri II disampaikan oleh Puan Nor Syafiqah binti Khalel, ahli AKRAB MEDAC secara atas talian. Beliau berkongsi buku bertajuk Otak. Buku ini ditulis oleh Dr Rizal Abu Bakar yang menceritakan bagaimana tidur, makanan dan aktiviti meningkatkan prestasi otak.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy