66 Program Pra AKRAB merupakan satu inisiatif Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mewujudkan suasana kerja yang sihat.Program ini telah diadakan pada Siri 1 5 – 6 Mei 2021 dan Siri 2 pada 7 – 8 Julai 2021 secara online melibatkan warga MITI dan Agensi. Kempen Tabung Darah MITI & Agensi : Peduli Insan Tersayang telah diadakan pada 23 Ogos 2021 di Dewan Perdana MITI yang telah dihadiri oleh YBhg. Datin Wan Razanawani Binti Wan Zakaria, Pengerusi PUSPANITA MITI. Program Malaysia Sihat dan Hari Kaunseling Peringkat MITI telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Lokman Hakim Ali, Ketua Setiausaha MITI pada 11 November 2021 di Dewan Perdana MITI.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy