Laporan Tahunan AKRAB 2021

62 c. Penilaian Nilaian Laporan Prestasi Tahunan (NLPT) Di samping itu, sumbangan ahli AKRAB dalam NLPT sebanyak 5% hendaklah dijadikan mandatori dengan mengeluarkan satu garis panduan atau surat arahan daripada pihak atasan kepada ketua-ketua jabatan agar perkara ini dapat diimplementasikan dengan telus dan teratur di peringkat bawah. Ia penting bagi memastikan sumbangan AKRAB ini benar-benar dihargai dan diiktiraf oleh majikan di tempat kerja. 9. RUMUSAN KESELURUHAN – TAHUN 2021 PENUH CABARAN DENGAN INTERAKSI SOSIAL YANG TERBATAS KESAN PANDEMIK COVID 19 Meskipun wabak Covid-19 masih wujud dalam negara, namun ianya tidak menghalang sistem penyampaian perkhidmatan AKRAB MAFI kepada warganya. Usaha dan inisiatif terus diambil bagi memastikan warga MAFI terus berada dalam kefungsian optima sama ada aspek minda, emosi dan tingkah laku. Misalnya AKRAB MAFI mengeluarkan Garis Panduan Pelaksanaan Sesi Bimbingan & Bantuan Psikososial: AKRAB Cakna Psikososial Covid 19. Inisiatif ini diwujudkan bagi membantu AKRAB MAFI melaksanakan bantuan segera sama ada berbentuk sesi bimbingan atau bantuan psikososial kepada warga yang dijangkiti Covid-19. Sesi bimbingan dan bantuan psikososial yang dilaksanakan AKRAB menggunakan peranti media sosial seperti aplikasi whatssap, video call, emel, telefon, google meet dan peranti teknologi yang tidak melibatkan pertemuan fizikal. Selain itu, isu-isu kebajikan dan kemanusiaan warga MAFI terus dipedulikan oleh Pengurusan Tertinggi MAFI. Usaha ini dapat dilihat dengan penglibatan usaha menggerakkan AKRAB MAFI untuk mendapatkan sumbangan sama ada berbentuk kewangan atau material melalui Tabung AKRAB MAFI Care. Kesan daripada usaha ini seramai 247 orang warga MAFI yang terlibat dengan musibah banjir dapat dibantu. Dalam hal ini, permasalahan dan isu warga kerja terus diberi perhatian oleh Pengurusan Tertinggi yang mahukan AKRAB MAFI bergerak aktif di masa hadapan. Di atas sokongan dan bimbingan yang diberikan mereka, maka AKRAB MAFI berjaya didaftarkan sebagai satu pertubuhan yang oleh Jabatan Pertubuhan Pendaftaran (ROS) dikenali dengan nama Persatuan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (AKRAB MAFI) tahun 2021.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy