61 8. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PROGRAM AKRAB a. Pengiktirafan dan Penghargaan Cadangan penambahbaikan program AKRAB yang dikemukakan ini benar-benar diberi pertimbangan dan perhatian sewajanrnya. Antara cadangan penambahbaikan seperti pemberian pengiktirafan dan penghargaan kepada ahli AKRAB seluruhnya. Elemen pengiktirafan penting dalam memacu dan menggerakkan motivasi AKRAB seluruhnya agar mereka rasa dihargai dan diiktiraf segala jasa serta sumbangan yang diberikan. Dalam usaha mengiktiraf jasa dan sumbangan mereka ini, maka pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) disyorkan untuk melaksanakan elemen pengikitirafan dengan menyediakan kriteria-kriteria tertentu yang boleh diterima pakai untuk mengiktiraf sumbangan AKRAB. Bentuk pengiktirafan pula adalah pelbagai, misalnya merit kenaikan pangkat, peluang menyambung pengajian peringkat Ijazah, Sarjana dan PhD atau pemberian bonus/honororium kepada AKRAB. Walau bagaimanapun, dalam melaksanakan usaha ini memerlukan kriteria yang ketat dan pemilihan anugerah pengiktirafan ini dibuat secara adil, telus dan berintegriti. b. Anugerah AKRAB Anugerah AKRAB oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang diadakan dua (2) tahun sekali merupakan anugerah yang berprestij diberikan kepada ahli AKRAB yang melibatkan diri dengan program dan aktiviti AKRAB dirancang oleh kementerian, jabatan serta agensi. Anugerah tersebut juga bagi menghargai sumbangan peribadi AKRAB yang terlibat dalam penyampaian bantuan psikologi melalui aktiviti bimbingan, CSR dan turun lapangan menyantuni warga kerja. Justeru, dalam pemberian anugerah tersebut pemerkasaan yang boleh ditambah dengan mengambilkira komitmen, pencapaian, kesungguhan dan sukarela AKRAB melaksanakan peranan mereka. Anugerah perlu dipelbagaikan agar AKRAB di kementerian, jabatan serta agensi mendapat peluang dan perhitungan yang sewajarnya harus ditimbang di atas hasil usaha mereka. Oleh itu, penilaian dan pemberian anugerah pada masa akan datang perlu diubah melalui kepelbagaian anugerah bagi pemantapan motivasi AKRAB dan keceriaan AKRAB sektor awam.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy