60 3. Mesyuarat Penyelarasan Aktiviti AKRAB Bil. 3/ 2021) 23.7.2021 Membincangkan pencapaian aktiviti AKRAB yang berkaitan dengan saluran kewangan mangsa banjir warga MAFI dan status gerak kerja pendaftaran AKRAB MAFI dengan Jabatan Perdaftaran Pertubuhan (ROS) AKRAB MAFI Berjaya didaftarkan sebagai satu pertubuhan yang sah oleh ROS dikenali dengan nama Persatuan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awak Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (AKRAB MAFI). 7. ANUGERAH/ PENCAPAIAN AKRAB MOA PENCAPAIAN ANUGERAH AKRAB MAFI INISIATIF TABUNG AKRAB MAFI CARE: MENGURANGKAN BEBAN KEWANGAN & KECERIAAN MANGSA BANJIR WARGA MAFI Inisiatif Tabung AKRAB MAFI CARE dilaksanakan ekoran daripada berlaku kejadian banjir awal tahun 2020 di Pahang, Johor, Sabah, Sarawak dan Kelantan. Mangsa banjir ini melibatkan pegawai MAFI di Jabatan/ Agensi. Sehubungan itu, Pengurusan Tertinggi sangat prihatin untuk membantu mengurangkan beban mangsa khususnya beban kewangan dan material di musim pandemik Covid-19. Di atas keprihatinan ini maka Tabung AKRAB MAFI CARE dilancarkan dan usaha mengumpul sumbangan diedarkan kepada warga. Hasilnya Tabung AKRAB MAFI CARE berjaya mengumpul sumbangan sebanyak RM195,730.57. Sumbangan tersebut diagihkan kepada 247 orang mangsa banjir warga MAFI dan setiap mangsa diberikan sebanyak RM500.00 dengan jumlah sumbangan sebanyak RM123,500.00. INISIATIF PENDAFTARAN AKRAB MAFI DENGAN JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN (ROS) 2021 Rentetan daripada inisiatif AKRAB MAFI melalui tabung tersebut disyorkan agar AKRAB MAFI didaftarkan sebagai satu pertubuhan yang sah. Beberapa siri perbincangan diadakan oleh JK AKRAB MAFI bersama Penasihat AKRAB, Pejabat Penasihat Undang-undang (PUU), wakil Bahagian Kewangan dan Bahagian Akaun serta mensyuarat JK Penaja mendaftarkan AKRAB MAFI dengan Jabatan Pertubuhan Pendaftaran (ROS).
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy