1 PERUTUSAN KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera Kewujudan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) dalam Perkhidmatan Awam telah menjangkau usia sedekad. AKRAB perlu menunjukkan keupayaan dan kebolehan mencipta kelainan dalam membimbing rakan sekerja serta bergiat dengan lebih aktif dalam kalangan AKRAB di peringkat jabatan dan juga kebangsaan. Peranan dan usaha murni AKRAB perlu terus dioptimumkan bagi menjadikan AKRAB sebagai nadi atau agen penggerak kepada pelaksanaan perubahan dalam Perkhidmatan Awam. AKRAB adalah saling bantu-membantu bagaikan aur dengan tebing di mana hubungan persahabatan dan persaudaraan yang erat saling melengkapi. Penerapan aplikasi psikologi dan pelaksanaan AKRAB merupakan langkah yang tepat dalam mengurus modal insan di era negara maju berpendapatan tinggi. Keseimbangan dan kesejahteraan individu serta hubungan harmoni dengan masyarakat dan persekitaran akan menjamin kejayaan pencapaian status tersebut. Oleh yang demikian, penjawat awam juga perlu mempunyai minda dan keinginan untuk mencapai kecemerlangan serta mengamalkan budaya mengutamakan pencapaian. Harapan saya, dengan pertambahan bilangan keahlian Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam yang ditauliahkan pada setiap tahun akan dapat memberikan sumbangan dan impak yang lebih besar terutamanya dalam membantu pihak pengurusan meningkatkan pembangunan modal insan yang lebih menyeluruh, berdaya maju dan kompeten di kementerian, jabatan, SUK dan agensi masingmasing. Tahniah dan syabas diucapkan kepada Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam atas inisiatif dan usaha berterusan mengumpul pelbagai program dan aktiviti AKRAB di kementerian, jabatan, SUK dan agensi untuk dijadikan satu Laporan Tahunan yang menyeluruh. Semoga program dan aktiviti yang dikendalikan oleh ahli-ahli AKRAB ini terus diperluaskan dan dipelbagaikan lagi pada masa hadapan. Selamat Maju Jaya YBHG. DATUK MOHD KHAIRUL ADIB ABD. RAHMAN
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy