32 Gambar dilampirkan. PROGRAM PASCA AKRAB 2021 Program PASCA AKRAB telah dilaksanakan sebanyak 2 siri bagi tahun 2021. Pada tahun ini, Jawatankuasa AKRAB Kementerian telah memilih pengisian kursus melibatkan Kemahiran Psychological First Aids (PFA) dan Kemahiran Pengurusan Kes Keluarga dan Perkahwinan sebagai usaha meningkatkan kemahiran menolong ahli Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) dalam mendepani isu krisis semasa ketika ini. Program PASCA Siri 1/2021: Psychological First Aids (PFA) telah dilaksanakan pada 7-9 April 2021 secara hybrid manakala Program PASCA Siri 2/2021: Kemahiran Pengurusan Kes Keluarga dan Perkahwinan dilaksanakan sepenuhnya atas talian menerusi Aplikasi Zoom pada 7 dan 8 September 2021.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy