299 ULASAN (KESELURUHAN) PENYELARAS KEMENTERIAN/ JABATAN/ SUK AKRAB Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) secara keseluruhannya telah melaksanakan program dan aktiviti yang dirancangkan dengan jayanya. Kerjasama yang kuat, semangat berpasukan dan sikap bersatu hati di antara ahli AKRAB dalam mendekati dan membantu warga kerja ditonjolkan dengan begitu baik sekali. Kejayaan dan maklum balas positif yang diterima menunjukkan bahawa AKRAB PTSB amat komited dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan dan terus cemerlang dalam menyampaikan perkhidmatan. Pandemik Covid-19 yang melanda negara dan serata dunia pada ketika ini memberi gambaran bahawa Ahli AKRAB juga turut sentiasa bersiap sedia menghulurkan bantuan dan perkhidmatan kepada rakan sekerja dan komuniti yang lain ketika diperlukan. Hal ini dibuktikan dengan sumbangan bantuan yang dihulurkan oleh Team AKRAB PTSB sepanjang tempoh pandemik Covid-19 melanda jabatan. Aktiviti kesukarelawanan Team AKRAB telah bermula sebelum PTSB dikenakan perintah PKPD lagi. PTSB dikenakan PKPD mulai 26 Jun 2021 hingga 9 Julai 2021. Seramai 68 orang pelajar disahkan positif Covid-19 dan 804 orang yang lain telah dikuarantinkan. Team AKRAB PTSB turut bersama-sama menyumbang tenaga, kemahiran dan idea yang berguna dalam menyantuni para pelajar dalam tempoh ini. Mereka menyediakan makanan bermasak, mengagihkan bantuan yang diterima, melaksanakan proses sanitasi asrama dan kediaman. Kerjasama yang erat di antara ahli-ahli AKRAB PTSB dengan Unit Pengurusan Psikologi dalam menyokong perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling merupakan sumber yang memberi kekuatan dalam memperkasakan perkhidmatan bimbingan di jabatan. Perkhidmatan yang diberikan boleh berlaku dalam situasi menang-menang iaitu dalam membantu rakan sekerja dan komuniti, ahli AKRAB turut menggilap potensi dan memajukan diri sendiri. Perkhidmatan yang diberikan turut mencakupi aspek pembangunan peribadi, professional, sosial dan organisasi. AKRAB PTSB begitu optimis dan jelas dalam memberikan perkhidmatan yang lebih besar kepada warga PTSB dalam memperjuangkan kesejahteraan modal insan penjawat awam pada masa akan datang.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy