27 ULASAN (KESELURUHAN) PENYELARAS KEMENTERIAN/ JABATAN/ SUK Tahun 2021 ini AKRAB JPM tetap berperanan walaupun dalam keadaan kekangan pelaksanaan Tempoh Kawalan Pergerakan (PKP). Aktiviti Bimbingan (secara atas talian/ bersemuka) diadakan dengan baik dan mencapai angka ke arah 300 kes bimbingan. Program-program pembangunan dan psikologi juga turut berlaku mengikut SOP yang disarankan oleh pihak MKN. Terdapat dua (2) fokus utama aktiviti AKRAB bagi tahun ini iaitu; Program Secara Berkelompok (Bimbingan Kelompok) dan Program PsikoPendidikan (CSR) kepada warga kerja yang ditimpa musibah dan yang terkesan dengan pandemik. Pelaksanaan program bimbingan kelompok yang lebih teratur dan mantap akan diteruskan bagi tahun akan datang kerana kaedah ini dilihat releven dan memberi impak kepada perubahan tingkahlaku dan motivasi bekerja yang lebih meluas kepada kelompok/ peserta yang terlibat.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy