229 PROGRAM PERTAMA Program AKRAB 2.0 Siri 1/2021 telah dilaksanakan pada 23 September 2021 secara atas talian. Program ini telah disampaikan oleh Pn. Siti Anisah Binti Mohd Ali, Pegawai Psikologi, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan. Objektif program ini dilaksanakan adalah untuk meningkatkan kefahaman tentang peranan, tanggungjawab dan fungsi ahli AKRAB 2.0 yang dijenamakan semula untuk memastikan ahli AKRAB lebih aktif selepas proses pemutihan dan tercapai objektif penubuhannya. PROGRAM KEDUA Webinar Cabaran Menempuh Endemik: Man Jadda Wajada Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan dilaksanakan dengan kerjasama Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) pada 24 September 2021 secara atas talian melibatkan 167 orang peserta daripada Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan. Webinar ini telah disampaikan oleh Ustaz Tengku Nor Iftah bin Tengku Jamil, Penolong Pengarah, Unit Keurusetiaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan yang juga merupakan salah seorang daripada ahli AKRAB. Tujuan webinar ini dijalankan adalah untuk meningkatkan kesedaran terhadap usaha mengharungi cabaran endemik dengan sejahtera psikologi penjawat awam. Webinar Cabaran Menempuh Endemik: Man Jadda Wajada telah
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy