226 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PROGRAM AKRAB 1. Memastikan ahli AKRAB memberikan peranan mereka secara menyeluruh sebagai pembimbing di agensi dan jabatan masing- masing. 2. Menganjurkan kursus dan latihan yang sesuai untuk ahli AKRAB bagi menambah ilmu dan kebolehan ahli terutamanya dalam peranan menjalankan sesi bimbingan individu dan kelompok. 3. Meneruskan program bimbingan kelompok di Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka. 4. Memberikan Pengiktirafan kepada ahli AKRAB dan organisasi 5. Mengadakan Program secara dalam talian tanpa perjumpaan secara langsung. ULASAN (KESELURUHAN) PENYELARAS AKRAB SUK Secara keseluruhan, program AKRAB Jabatan Ketua Menteri Melaka pada tahun 2021 dapat dijalankan dengan lancar melalui program dan mesyuarat yang telah diadakan secara atas talian. Pelbagai program telah diadakan untuk membantu masyarakat terutamanya dalam menghadapi pandemik Covid -19. Namun begitu pelantikan ahli baharu AKRAB masih belum dapat dilaksanakan pada tahun ini kerana kekangan dihadapi untuk melaksanakan Program Pra AKRAB secara bersemuka atau secara atas talian mengikut modul yang telah ditetapkan. Program Pra AKRAB Tahap I dan Tahap II adalah dirancang akan diadakan selewatnya pada awal tahun hadapan. Program AKRAB ini akan diteruskan dan ditambah baik bagi memastikan peranan AKRAB dalam sesebuah agensi memberikan impak yang cemerlang kepada ahli dan agensi.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy