Laporan Tahunan AKRAB 2021

218 MESYUARAT DAN LAIN- LAIN Mesyuarat Penyelarasan AKRAB melibatkan semua ahli AKRAB Negeri Selangor yang dianjurkan pada 26 Julai 2021 secara atas talian (online). Mesyuarat dipengerusikan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Pengurusan) yang turut menjadi penasihat dalam Pelaksanaan AKRAB di Negeri Selangor. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PROGRAM AKRAB - Cadangan Program AKRAB di Negeri Selangor pada masa akan datang adalah lebih berfokus kepada kerjasama dari Jabatan dan Agensi di Negeri Selangor supaya Medium atau kaedah pelaksanaan di Jabatan dan Agensi masing-masing dapat dikongsikan pada semua. - Selain Program atas talian (online), Program berbentuk fizikal juga perlu diselaraskan dengan SOP yang telah ditetapkan. Ini kerana program secara fizikal memberi impak yang lebih lagi daripada pelaksanaan secara atas talian (online) ULASAN (KESELURUHAN) PENYELARAS KEMENTERIAN/ JABATAN/ SUK Secara keseluruhan, Pelaksanaan Program-program AKRAB di Negeri Selangor pada Tahun 2021 ini patut diberi pujian. Segala Komitmen dan penganjuran programprogram oleh ahli AKRAB di Jabatan dan Agensi sedikit sebanyak dapat membantu Penjawat Awam di Negeri Selangor dalam menghadapi berbagai situasi. Pihak SUK Selangor akan sentiasa mencari pendekatan-pendekatan yang baru dalam pelaksanaan Kursus dan program demi kesejahteraan Penjawat Awam di Negeri Selangor.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy