Laporan Tahunan AKRAB 2021

207 MESYUARAT Mesyuarat Ahli Jawatankuasa AKRAB Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Tarikh : 8 Disember 2020 Masa : 10.00 Pagi CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PROGRAM AKRAB Adalah dicadangkan untuk pentauliahan akrab diberi oleh JPA seperti dahulu kerana jika tiada surat arahan atau pengiktirafan dari JPA, Ketua Jabatan beranggapan AKRAB tidak perlu diwujudkan dan berpadanan dengan jumlah sedia ada. ULASAN (KESELURUHAN) PENYELARAS KEMENTERIAN/ JABATAN/ SUK AKRAB Di bawah Pentadbiran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak telah berkerjasama erat dalam memperkasakan Psikologi dan kaunseling. Walaupun terdapat isu dan kesukaran untuk mengawal ahli AKRAB yang sedia ada dan mendapatkan komitmen daripada ahli, namun atas semangat juang ahli-ahli yang aktif membuatkan jumlah ahli AKRAB yang sangat kurang di SUK Perak boleh bergerak seperti jabatan lain yang mempunyai ahli AKRAB yang ramai. Tanpa sokongan padu daripada ahli AKRAB, program AKRAB di SUK Perak tidak dapat berjalan seperti sekarang. Adalah diharapkan pihak JPA terus membantu AKRAB Suk Perak bagi memantapkan lagi pelaksanan AKRAB pada tahun hadapan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy