Laporan Tahunan AKRAB 2021

200 1) Pemutihan - Mengenal pasti Ahli AKRAB Negeri yang benar-benar berminat untuk memberi khidmat bimbingan. 2) Kefungsian kewujudan AKRAB dalam Perkhidmatan Awam - Pemantapan AKRAB Negeri diperlukan bagi memberikan Ahli AKRAB pendedahan yang lebih khusus berkenaan dengan fungsi dan peranan semasa serta mengingatkan akan tanggungjawab yang harus mereka mainkan agar dapat membimbing kepada warga di Pentadbiran. 3) “Self Promotion” - Menjadikan Ahli AKRAB Negeri sebagai Duta AKRAB dan mempromosikan kepada penjawat awam dibawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang. MESYUARAT JAWATANKUASA AKRAB NEGERI PULAU PINANG 2020-2022 Pada 12 April 2021 (Isnin), telah berlangsung Mesyuarat Ahli Jawatankuasa AKRAB Negeri Pulau Pinang di Hotel Seri Malaysia Kepala Batas. Mesyaurat ini dipengerusikan oleh Tuan Pengerusi AKRAB Negeri iaitu Tuan Shahbani Bin Ismail. Ahli Mesyuarat Jawatankuasa membentangkan minit mesyuarat, perkembangan AKRAB Negeri dan usul-usul penambahbaikan kepada AKRAB Negeri Pulau Pinang. LAPORAN MESYUARAT CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PROGRAM AKRAB

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy