Laporan Tahunan AKRAB 2021

198 PROGRAM AKRAB CARE (EXIT POLICY) NEGERI PULAU PINANG Pada 7 April 2021 (Rabu), telah berlangsung Program AKRAB Care (Exit Policy) Negeri Pulau Pinang Tahun 2021 bertempat di Raia Hotel Bayan Lepas, Pulau Pinang yang dihadiri Ahli AKRAB Negeri di bawah Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Pelaksanaan Program AKRAB Care (Exit Policy) Negeri Pulau Pinang Tahun 2021 ini adalah di bawah Aplikasi Psikologi dalam Intervensi mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 18 Tahun 2005 iaitu Panduan Aplikasi Psikologi Dalam Pengurusan Sumber Manusia. Seramai 35 Ahli AKRAB Negeri telah hadir ke program dari Jabatan Negeri, Badan Berkanun Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan. Program yang berlangsung ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh Encik Fauzi bin Saad, Pegawai Psikologi (Ketua Penolong Pengarah Kanan), Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Putrajaya bersama urus setia Seksyen Kaunseling dan Psikologi, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang (PSUKPP). LAPORAN PROGRAM

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy