Laporan Tahunan AKRAB 2021

195 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PROGRAM AKRAB Berdasarkan maklum balas dari ahli AKRAB sedia ada, berikut adalah cadangan pelaksanaan aktiviti AKRAB KPN bagi tahun 2022: 1. Penyelarasan berpusat bagi program psikologi warga kementerian/jabatan yang akan dikendalikan AKRAB – Kalendar Aktiviti AKRAB 2. Pembangunan modul aktiviti AKRAB yang standard bagi memudahkan pelaksaan program yang seragam di negeri-negeri. ULASAN (KESELURUHAN) PENYELARAS KEMENTERIAN/ JABATAN/ SUK Penyelarasan lebih berkesan telah dirancang bagi memantapkan pelaksanaan AKRAB di Kementerian Perpaduan Negara dan agensi di bawahnya bagi tahun 2022 melalui strategi berikut: I. Pelantikan ahli AKRAB di peringkat dan penambahan bilangan ahli AKRAB di JPNIN. II. Pewujudan Jawatankuasa AKRAB KPN yang menggabungkan ahli-ahli AKRAB KPN dan jabatan/agensi III. Pelaksanaan program AKRAB termasuk sesi bimbingan dan CSR AKRAB bagi memberi peluang kepada ahli AKRAB berfungsi secara optimum kepada organisasi

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy