Laporan Tahunan AKRAB 2021

191 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PROGRAM AKRAB ULASAN (KESELURUHAN) PENYELARAS KEMENTERIAN Secara keseluruhannya, Program AKRAB Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) bagi tahun 2021 telah dapat dilaksanakan dengan jayanya seperti yang dirancang. Komitmen yang tinggi diberikan oleh semua ahli Jawatankuasa AKRAB KPPK bagi tahun 2020– 2021 dalam memastikan semua program yang dirancang seperti antaranya Klinik AKRAB dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan kepada warga KPPK. AKRAB Kementerian juga menunjukkan minat yang tinggi dalam memperkasakan kemahiran-kemahiran psikologi dan kaunseling sedia ada dengan menghadiri kursus-kursus pemantapan AKRAB yang telah dianjurkan oleh Unit Latihan dan Kaunseling, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPPK. Peranan AKRAB dilihat sangat penting dalam memperkasakan perkhidmatan psikologi dan kaunseling di KPPK serta menunjukkan komitmen yang tinggi dalam meningkatkan kesejahteraan modal insan. 1) Program Pengukuhan Pasukan (Team Building) dalam mengeratkan kerjasama antara ahli AKRAB sedia ada. 2) Membuka penyertaan keahlian AKRAB baharu bagi sesi Tahun 2022. 3) Mengadakan Bengkel Pelan Perancangan Strategik AKRAB KPPK 2022.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy