190 MESYUARAT AKRAB KPPK Mesyuarat telah diadakan sebanyak dua (2) kali sepanjang tahun 2021 secara atas talian pada bulan Januari dan Jun 2021. Antara perkara yang dibincangkan adalah berkaitan advokasi perkhidmatan AKRAB dan penyelarasan aktiviti AKRAB kepada warga. PENCAPAIAN TERBAIK AKRAB Bersempena Program PSM2U yang telah diadakan pada 22 Oktober 2021, Pengerusi Kelab Kebajikan dan Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPPK telah berbesar hati menyampaikan sijil penghargaan kepada tiga (3) orang ahli AKRAB yang berjaya dinobatkan sebagai tokoh AKRAB Utama, AKRAB Bestari dan AKRAB Proaktif KPPK atas sumbang bakti mereka berdasarkan keputusan undian daripada warga KPPK.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy