184 MESYUARAT AKRAB KPWKM Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan AKRAB Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah berlangsung pada 22 April 2021. Tujuan mesyuarat ini dibuat adalah bagi membincangkan segala urusan penyelarasan di antara pihak Kementerian dan penyelaras di setiap agensi di bawah KPWKM. Mesyuarat ini telah dihadiri penyelaras AKRAB di setiap agensi iaitu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Lembaga Pembangunan Penduduk dan Keluarga Negara (LPPKN), Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), dan Institut Sosial Malaysia (ISM). Mesyuarat Jawatankuasa AKRAB Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah berlangsung pada 14 Julai 2021. Tujuan mesyuarat ini dibuat adalah bagi membincangkan halatuju program AKRAB KPWKM dan segala urusan keurusetiaan AKRAB KPWKM. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh semua ahli jawatankuasa AKRAB KPWKM yang telah dilantik dan Ketua Unit Pengurusan Psikologi selaku Ketua Penyelaras AKRAB KPWKM. 1. MESYUARAT JAWATANKUASA PENYELARASAN AKRAB KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT 2. MESYUARAT JAWATANKUASA AKRAB KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT BIL.1/2021
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy