179 Cadangan Penambahbaikan Program AKRAB Menganjurkan satu program yang dapat dijalankan secara serentak di setiap kementerian bagi membawa satu impak yang bermakna dalam konteks AKRAB di dalam perkhidmatan awam. Menyediakan dan melaksanakan satu Modul lengkap dan standard bagi menambah kemahiran dan penglibatan ahli AKRAB bagi setiap peringkat. Memperkasakan kemahiran dan menglibatan rakan AKRAB dalam menangani isu yang diahadapi oleh rakan sekerja di organisasi masing-masing. Ulasan (Keseluruhan) Penyelaras Kementerian Pendidikan Malaysia Pentadbiran dan Pelaksanaan AKRAB di Kementerian Pendidikan Malaysia dapat disempurnakan dengan jayanya bagi sesi 2021 oleh Bahagian Psikologi & Kaunseling, KPM. Dari segi pelaksanaan Program AKRAB di KPM, fokus pada tahun 2021 adalah lebih kepada program bagi membantu warga Kementerian Pendidikan Malaysia yang terkesan dengan Pendemik Covid-19. Fokus aktiviti adalah kepada menyantuni warga KPM dalam proses membantu bagi kesejahteraan Psikologi individu. Program pasca AKRAB juga telah dilaksanakan bagi memberi kemahiran baharu kepada sebahagian ahli AKRAB yang dilantik. Pelaksanaan yang diselaraskan oleh Bahagian Psikologi dan Kaunseling, KPM akan diterajui oleh setiap Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru serta Jurulatih AKRAB KPM yang merupakan Kaunselor Organisasi di setiap peringkat organisasi di KPM. Dari aspek pengoperasian Program AKRAB ini, satu set arahan pentadbiran akan diberikan kepada semua Jurulatih AKRAB KPM dan akan menjalankan program ini dengan kebenaran Ketua Jabatan masing-masing mengikut garis masa yang disediakan oleh Bahagian Psikologi dan Kaunseling, KPM. Secara keseluruhannya, AKRAB KPM bagi sesi 2021 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya dan perancangan bagi tahun hadapan adalah untuk memberi fokus kepada program pembangunan dan kompetensi dalam kalangan ahli dan seterusnya dapat membantu organisasi dalam Kementerian Pendidikan Malaysia.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy