15 PROGRAM & AKTIVITI AKRAB Aktiviti yang dilaksanakan oleh Rakan Pembimbing dalam organisasi perlu bersifat komprehensif dengan mengambil kira peningkatan empat kompetensi utama iaitu peribadi, sosial, organisasi dan profesional. Pendekatan yang digunakan dalam melaksanakan penilaian kompetensi adalah seperti berikut: KOMPETENSI CONTOH INPUT KAEDAH Peribadi Pengurusan kendiri Memahami personaliti diri & orang lain Pengurusan emosi diri Tunjuk cara Lawatan Bengkel Forum Kempen Bimbingan Kelompok & Individu Seminar Konvensyen Profesional Kemahiran pementoran & penyeliaan Menyampaikan persembahan Kemahiran kaunseling Sosial Kemahiran komunikasi Kemahiran melayan pelanggan Sentuhan insan Kemantapan keluarga bekerja Organisasi Memahami budaya kerja organisasi Tingkahlaku warga organisasi Semangat kerja berpasukan Selain itu, aktiviti yang dilaksanakan juga tidak menggunakan kos yang tinggi selain bersifat praktikal dan mudah diterima dan difahami oleh warga organisasi. Aktiviti tersebut boleh diadakan secara operasi dan perkembangan. Aktiviti operasi AKRAB adalah aktiviti yang diadakan secara berterusan dan tidak memerlukan kos, jumlah masa yang panjang dan input boleh disediakan di kalangan ahli-ahli AKRAB sahaja. Manakala aktiviti perkembangan merupakan aktiviti yang diadakan secara tahunan, menyeluruh, melibatkan jumlah kos yang besar dan memerlukan sumbangan kepakaran dari pihak lain. Antara perbezaan program tersebut adalah seperti berikut: CIRI-CIRI OPERASI PERKEMBANGAN Berterusan Kos murah Kepakaran ahli Masa yang singkat Berkala Melibatkan kos Masa yang panjang Kepakaran pihak luar
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy