175 Tajuk : AKRAB PRIHATIN Kementerian Pendidikan Malaysia Tarikh : 08 & 12 April 2021 (Khamis & Isnin) Tempat : Jabatan Pendidikan Negeri Masa : 8.30 pagi hingga 4.30 petang Pengenalan : Program ini diadakan bertujuan bagi memberi pendedahan kepada ahli AKRAB bagi mengaplikasikan kemahiran menolong. Program ini dijalankan serentak di seluruh negara yang melibatkan ahli AKRAB di Jabatan Pendidikan Negeri. Pejabat Pendidikan Daerah, Kolej Matrikulasi dan juga Institut Pendidikan Guru. Program ini dijalankan bagi membantu warga Kementerian Pendidikan yang terkesan dengan bencana banjir yang melanda Negeri Pahang. Program ini melibatkan sokongan Psikologi dan emosi, sumbangan peralatan sekolah dan juga memberi fokus kepada menyantuni warga Kementerian Pendidikan Malaysia dalam mengurus emosi semasa berada dalam bencana.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy