Laporan Tahunan AKRAB 2021

172 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PROGRAM AKRAB 1. Mengadakan program AKRAB secara NBOS yang melibatkan kementerian atau jabatan bagi mengurangkan kos perbelanjaan dan membolehkan ahli AKRAB berkongsi pengalaman bersama. 2. Pengikhtirafan AKRAB diambil kira sebagai satu elemen kenaikkan pangkat. 3. Mengadakan Program Orientasi Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) selama satu atau dua minggu kepada semua ahli AKRAB seluruh Malaysia, yang mana modul kaunseling dan psikologi asas didedahkan semasa program tersebut dilaksanakan. Tujuan program ini diadakan adalah untuk melahirkan ahli AKRAB yang betul-betul menjiwai konsep AKRAB dalam menolong bantu rakan sekerja. ULASAN (KESELURUHAN) PENYELARAS KEMENTERIAN / JABATAN / AGENSI Secara keseluruhan Program AKRAB Kementerian Kewangan bagi tahun 2021 banyak di laksanakan secara atas talian kerana situasi semasa pendemik covid-19. Namun semangat yang jitu dan kerjasama yang padu serta semangat berpasukan yang tinggi antara semua ahli AKRAB dalam mendekati dan membantu warga kerja. Kejayaan dan maklum balas yang positif diterima menunjukkan bahawa AKRAB MOF amat komited dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan dan terus cemerlang dalam menyampaikan perkhidmatan pada masa kini dan masa akan datang.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy