Laporan Tahunan AKRAB 2021

169 4. MAJLIS SANJUNGAN BUDI AKRAB PERBENDAHARAAN Tarikh : 30.9.2021 Masa : 12.15 tengahari – 2.00 petang Tempat : Indus Cafe, Putrajaya Majlis Sanjungan Budi dilaksanakan bagi meraikan pertukaran dan kenaikan pangkat ahli AKRAB Perbendaharaan ke kementerian/ jabatan lain. Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan atas sumbangan dan bakti dalam melaksanakan peranan AKRAB dan menjayakan pelbagai aktiviti/ program AKRAB di Perbendaharaan Malaysia. 5. Webinar Psikologi “Covid 19: Menzahir Sejuta Hikmah” Tarikh : 21.10.2021 Masa : 8.30 pagi – 1.00 petang Tempat : Secara atas talian Program ini merupakan medium perkongsian ilmu dan kemahiran psikologi oleh pakar professional dalam bidang psikologi serta perkongsian daripada warga kerja yang sembuh dari penyakit covid-19. Program ini dilaksanakan bagi memberi pendedahan dan peningkatan pengetahuan kepada warga kerja dalam menghadapi pendemik covid-19 serta meningkatkan kemahiran resilian mental, regulasi minda dan daya tindak berhadapan dengan situasi ini

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy