Laporan Tahunan AKRAB 2021

139 Objektif kursus ini antaranya adalah memberikan pendedahan pendekatan psikologi dan kaunseling sesuai dengan hasrat kerajaan untuk melaksanakan transformasi perkhidmatan awam. Selain itu, program ini adalah sebagai sumbangan ahli-ahli AKRAB kepada dasar-dasar kerajaan. 5.6 HARI PSIKOLOGI DAN MAJLIS PENTAULIAHAN AKRAB TAHUN 2021 Hari Psikologi dan Majlis Pentauliahan AKRAB telah dilaksanakan pada 27 dan 28 Oktober 2021 bertempat di Dewan Serbaguna, Blok 1, Menara Seri Wilayah, Kementerian Wilayah Persekutuan. Seramai 100 orang peserta terdiri daripada Ahli AKRAB KWP dan Agensi. Objektif Hari Psikologi dan Majlis Pentauliahan AKRAB ini adalah bersempena dengan Bulan Kaunseling Sedunia dan Kesihatan Mental serta memberi pendedahan kepada AKRAB KWP dan Agensi tentang kepentingan kesejahteraan psikologi dan mental. Selain itu, adalah untuk meraikan ahli AKRAB yang telah tamat Kursus Peningkatan Kemahiran Kaunseling Tahap 1 dan 2 bagi tahun 2020/2021. Sehubungan dengan itu, tuan/puan sebagai Ahli AKRAB KWP, Jabatan dan Agensi dijemput menghadiri program yang akan dianjurkan ini. 5.7 SESI PERKONGSIAN ILMU BERSAMA AHLI AKRAB Sesi Perkongsian Ilmu bersama ahli AKRAB telah dilaksanakan sebanyak 2 siri. Sesi ini dianjurkan oleh Unit Pengurusan Psikologi dengan kerjasama Ahli Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB). Objektif sesi ini adalah untuk berkongsi sesi yang telah dilaksanakan oleh Ahli AKRAB KWP. Dalam sesi ini ahli AKRAB telah berkongsi tentang kes yang dikendalikan bersama klien bersama Pegawai Psikologi. Sesi perkongsian ini juga dapat membantu

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy