137 Objektif kursus intervensi krisis ini adalah untuk membimbing dan mendedahkan kepada peserta bagaimana membantu mangsa yang mengalami kecemasan psikologi untuk kembali ke tahap fungsi penyesuaian dan mencegah atau mengurangkan kesan negatif trauma psikologi. Selain itu, membimbing para peserta tentang proses singkat yang perlu diambil bagi meningkatkan keupayaan klien untuk menghadapi sesuatu situasi krisis yang dialaminya. 5.3 KURSUS LITERASI KEWANGAN BAGI AHLI AKRAB KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN (KWP) DAN AGENSI TAHUN 2021 Kursus Literasi Kewangan bagi Ahli AKRAB KWP dan Agensi, telah dilaksanakan pada 9 dan 10 Februari 2021 (Selasa – Rabu) bertempat di Auditorium, Aras 2, Blok 1, Menara Seri Wilayah. Seramai 26 orang ahli AKRAB KWP dan Agensi yang telah hadir ke bengkel ini. Objektif kursus ini antaranya adalah melahirkan AKRAB berpengetahuan dalam usaha memberi bimbingan tentang pengurusan kewangan. Selain itu, ianya dapat memberi kefahaman kepada ahli-ahli AKRAB berkaitan akauntabaliti dalam pengurusan kewangan. Rajah 3 : Gambar Sekitar Kursus Literasi Kewangan.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy