132 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PROGRAM AKRAB 1. Memfokuskan kepada program pembangunan kompetensi AKRAB dari segi pengendalian sesi bimbingan, pengurusan program dan kemahiran berkomunikasi. 2. Menggalakkan program CSR dianjurkan di setiap Kementerian/Jabatan/Agensi. 3. Program memperkasakan ahli AKRAB supaya dapat mencalonkan diri untuk Anugerah AKRAB pada masa akan datang. 4. Menyediakan satu SOP yang lengkap untuk merancang penglibatan ahli AKRAB dalam program berskala besar seperti Misi Bantuan Banjir bersama JKM. ULASAN (KESELURUHAN) PENYELARAS KEMENTERIAN/ JABATAN/ SUK AKRAB Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) sentiasa memberikan komitmen dan bersiap siaga untuk membantu organisasi dalam menguruskan sumber manusia dengan lebih efisien. Dalam memastikan AKRAB terus bermotivasi dalam melaksanakan aktiviti bimbingan, ahli sentiasa berusaha menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran agar kekal relevan dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy