130 PROGRAM PERTAMA – PROGRAM PEMANTAPAN AKRAB KeTSA 2021 PROGRAM KEDUA – SEMINAR AKRAB KeTSA 2021 Tarikh : 30 September 2021 hingga 1 Oktober 2021 Tempat : Secara dalam talian melalui aplikasi ZOOM Objektif : Memahami kepentingan perkhidmatan psikologi dan bimbingan dalam perkhidmatan awam dan mampu menggunakan kemahiran asas psikologi dan bimbingan dalam membantu rakan sekerja. Melalui program ini juga, peserta diberikan pendedahan berhubung strategi dan pelaksanaan AKRAB, kemahiran mediator dan kemahiran pengendalian kes melalui slot ceramah Work-Life Balance, Sangkar Emas, Covid 19 : Kehidupan dan Cabaran, Isu Prestasi : Pendekatan Mengurus dan Membimbing dan Perkongsian AKRAB. Tarikh : 28 Oktober 2021 hingga 29 Oktober 2021 Tempat : Secara dalam talian melalui aplikasi ZOOM Objektif : Seminar AKRAB ini diadakan adalah untuk membolehkan ahli AKRAB KeTSA meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam mengendalikan isu dan permasalahan yang dihadapi oleh klien. Ianya juga dapat membantu ahli AKRAB untuk memahami cabaran dan kehendak pengurusan dalam melaksanakan peranan AKRAB di agensi dan membina jaringan perhubungan dan platform untuk bertukartukar idea serta pengalaman.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy