Laporan Tahunan AKRAB 2021

125 KURSUS PENINGKATAN KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING TAHAP 1 (PRA AKRAB) Kursus Peningkatan Kemahiran Asas Kaunseling Tahap 1 (Pra AKRAB) telah diadakan pada 2 hingga 4 Mac 2021 bertempat di Aplikasi Zoom Meeting. Program ini melibatkan seramai 26 orang pegawai gred 22 hingga 48 yang terdiri daripada pelbagai Bahagian dan Jabatan di bawah KASA. Melalui program ini, peserta dapat memahami asas bimbingan dan asas teori membimbing serta konsep-konsep di dalam bimbingan. Kemahiran-kemahiran ini penting bagi Ahli AKRAB agar dapat merealisasikan aspirasi kementerian di samping memberi fokus kepada usaha-usaha melahirkan sumber manusia yang kompeten, berketerampilan dan produktif. KURSUS PENINGKATAN KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING TAHAP 2 Kursus Peningkatan Kemahiran Asas Kaunseling Tahap 2 (Pra AKRAB) telah diadakan pada 4 hingga 6 Mei 2021 bertempat di Aplikasi Zoom Meeting. Program ini melibatkan seramai 32 orang pegawai yang terdiri daripada Bahagian dan Jabatan di bawah KASA.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy