118 AKRAB TALK SIRI 1 / 2021 : PEMBANGUNAN MODAL INSAN CORPORATE SOCIAL RESPONSIBILITY AKRAB JKR 2021 AKRAB Talk Siri 1 / 2021 – Pembangunan Modal Insan adalah program secara atas talian yang dianjurkan oleh AKRAB JKR dengan kerjasama BPSM CDPK, Ibu Pejabat JKR. AKRAB Talk ini mengutarakan tentang isu terkini berkaitan kerjaya dan kehidupan mengikut perspektif seorang AKRAB. AKRAB Talk ini telah dikendalikan oleh Pengerusi AKRAB JKR sendiri, Puan Sarimah Binti Ahmad. Panel jemputan bagi sesi ini adalah En. Fidri Bin Ali iaitu ahli AKRAB JKR yang senior dan berpengalaman sebagai ahli AKRAB lebih dari 10 tahun di dalam perkhidmatan awam. Beliau membawa tajuk “Kejamnya APC” – Diari Seorang AKRAB. Seramai 130 peserta dikalangan warga kerja raya telah menyertai sesi ini. CSR AKRAB JKR 2021 anjuran AKRAB JKR telah dilaksanakan pada awal tahun 2021 kepada warga kerja dan keluarga yang terkesan akibat Covid-19. Aktiviti CSR AKRAB JKR 2021 ini dijalankan di Zon Selatan iaitu di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor dan Zon Pantai Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy