113 Cadangan Penambahbaikan Program AKRAB Program AKRAB perlu diperluaskan kepada warga KLN dengan mengenalpasti aktiviti yang menepati keperluan warga kementerian yang bersifat relevan dan terkini dengan arus semasa. Selain itu, mempelbagaikan pengiktirafan ahli AKRAB melalui kursus di luar negara. Ulasan (Keseluruhan) Penyelaras Kementerian / Jabatan / Agensi Secara keseluruhannya AKRAB KLN telah berjaya melaksanakan beberapa program dan aktiviti dengan jayanya sepanjang tahun 2021. Namun, terdapat beberapa program yang dirancang mengikut Takwim 2021 yang tidak dapat dilaksanakan kerana Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) 3.0 dan Fasa Pemulihan Negara akibat penularan pandemik COVID-19.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy