111 1) PROGRAM KEMPEN DERMA DARAH TAHUN 2021 Kempen Derma Darah Tahun 2021 telah dilaksanakan pada 31 Mac 2021 (Rabu), bertempat di Ruang Legar Unit Tiket, WP2. Program Derma Darah ini adalah bertujuan untuk membantu pihak Pusat Darah Negara (PDN) menampung bekalan darah yang berkurangan berikutan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan akibat penularan wabak Covid-19 di samping membudayakan gaya hidup yang sihat. 2) KURSUS PENTAULIAHAN AKRAB CARE KEMENTERIAN LUAR NEGERI Kursus Pentauliahan AKRAB CARE telah dilaksanakan pada 19 April 2021 (Isnin), bertempat di Bilik Sidang Akhbar, WP1. Kursus ini telah dihadiri seramai 29 orang ahli AKRAB Kementerian Luar Negeri. Kursus ini bertujuan untuk menjelaskan mengenai pelaksanaan AKRAB CARE kepada Ahli-Ahli AKRAB di KLN dengan menggunakan pendekatan psikologi dan kaunseling sesuai dengan hasrat kerajaan untuk melaksanakan transformasi perkhidmatan awam. Kursus ini juga dapat membantu rakan sekerja yang berprestasi rendah melalui sistem pasangan AKRAB (AKRAB CARE) di Kementerian.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy