108 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PROGRAM AKRAB 5.1 Melaksanakan lebih banyak kursus pemantapan kemahiran dalam bimbingan agar dapat membantu meningkatkan kompetensi ahli AKRAB dalam menjalankan sesi bimbingan; 5.2 Mengadakan program AKRAB secara kerjasama dengan melibatkan agensi dibawah KPDNHEP. Ini bertujuan mempromosikan perkhidmatan AKRAB dan mewujudkan jaringan hubungan yang baik antara agensi dan kementerian selain dapat membantu dari segi sokongan perbelanjaan program; dan 5.3 Memantapkan pelaksanaan program AKRAB di peringkat negeri dan agensi sebagai Agent of Change ULASAN (KESELURUHAN) PENYELARAS KEMENTERIAN/ JABATAN/ SUK Secara keseluruhan Program AKRAB Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bagi Tahun 2021 telah dapat dilaksanakan dengan jayanya walaupun terdapat halangan disebabkan oleh situasi pandemik Covid-19 yang melanda negara. Semua ahli AKRAB Kementerian termasuk di KPDNHEP Negeri dan Cawangan telah memberi kerjasama dan komitmen yang baik terhadap program yang dianjurkan. Ini seperti mana yang telah dihasratkan oleh Ketua Setiausaha KPDNHEP selaku Penaung AKRAB agar ahli AKRAB sentiasa proaktif dan giat memainkan perananannya sebagai Agent of Change kepada Kementerian dalam pembentukan modal insan yang baik serta berkualiti.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy