99 PROGRAM KETIGA Pada 7 Mei 2021, Majlis Serahan Sumbangan Bakul Ramadhan AKRAB Prihatin telah dilaksanakan di Aras 11, Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Sumbangan telah disampaikan oleh YBrs. Tuan Muhammad Razman bin Abu Samah Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) kepada 17 orang penerima sumbangan. PROGRAM KEEMPAT Pada 25 Jun 2021, Program Bicara AKRAB: Kawalan Emosi telah dilaksanakan secara dalam talian melalui aplikasi Zoom yang melibatkan seramai 77 orang ahli AKRAB. Objektif program adalah untuk mendidik, memberi kefahaman dan tindakan pengawalan emosi dalam diri kepada peserta.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy