Laporan Tahunan AKRAB 2021

98 LAPORAN RINGKAS AKRAB YANG DILAKSANAKAN PADA 2021 PROGRAM PERTAMA Pada 16 Mac 2021, perkongsian ilmu yang bertajuk Psiko Numerologi telah dilaksanakan secara dalam talian yang melibatkan seramai 30 orang ahli AKRAB. Objektif pelaksanaan program ini adalah bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran bagi memantapkan peranan ahli AKRAB sebagai pembimbing rakan sekerja di organisasi masing-masing. PROGRAM KEDUA Pada 9 April 2021, Program Sharing and Caring dilaksanakan di Aras 11, Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Seramai 35 orang telah menyertai Program ini. Objektif program ini adalah untuk a) menyediakan ruang yang selesa kepada individu untuk berkongsi masalah; b) memupuk sifat saling mempercayai dan menghargai pandangan antara satu sama lain; dan c) memperolehi dan mempelajari cara untuk menghadapi masalah melalui pengalaman individu lain.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy