Laporan Tahunan Program Pementoran Perkhidmatan Awam Tahun 2022

87 Perhubungan yang wujud di antara mentor dan menti telah dapat menggalakkan pembudayaan pembelajaran secara berterusan dan perkongsian ilmu yang bermatlamat untuk merangsang dan menggerakkan prestasi perkhidmatan awam ke arah kecemerlangan. Peningkatan kompentensi-kompetensi yang diukur seperti kompetensi profesional, budaya kerja kelas pertama, peribadi dan sosial selepas proses pementoran sepanjang program berlangsung jelas menunjukkan bahawa pentingnya permentoran dalam membantu meningkatkan dan membudayakan kecemerlangan diri dalam melaksanakan tugasan. Kecemerlangan bukan sahaja dapat dipupuk, malah budaya kerja yang cemerlang yang diamalkan oleh mentor dapat diteladani oleh menti. Sebagai tanda penghargaan kepada para mentor dan menti yang menunjukkan komitmen sepanjang pelaksanaan program ini, YBhg. Dato Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan telah menyempurnakan penyampaian sijil penghargaan dan penyertaan kepada mentor dan menti. Secara keseluruhan, Program Pementoran ini memberi kesan positif kepada mentor dan menti serta organisasi. Sesungguhnya pelaksanaan dan proses pementoran secara berstruktur ini mencapai objektif dan memberi impak kepada mentor dan menti. Sokongan dan peranan yang diberikan oleh pihak pengurusan tertinggi Kementerian juga sangat penting dalam menyuntik semangat para peserta dalam menjayakan program ini.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy