Laporan Tahunan Program Pementoran Perkhidmatan Awam Tahun 2022

86 Gambar 2 : Sesi penyampaian sijil penghargaan dan penyertaan kepada mentor dan menti oleh YBhg. Dato’ Jana Santhiran Muniayan, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan 5. Ulasan Keseluruhan Penyelaras Jabatan Program Pementoran Kementerian Belia dan Sukan ini telah bermula pada 8 Mac 2022 sehingga 8 September 2022 iaitu selama enam (6) bulan. Program ini telah melibatkan seramai 10 orang mentor daripada pelbagai gred dan skim perkhidmatan manakala 10 orang menti merupakan pegawai-pegawai lantikan baharu. Program Pementoran Dalam Perkhidmatan Awam adalah satu inisiatif bagi membantu warga kementerian agar lebih berkompetensi demi memajukan diri dan organisasi. Setiap menti mempunyai potensi diri yang baik dan menampakkan kesungguhan mereka dalam meningkatkan kemahiran dan kecekapan dalam aspek profesional, budaya, peribadi dan sosial.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy