Laporan Tahunan Program Pementoran Perkhidmatan Awam Tahun 2022

83 Trainers (TOT), dilakukan secara maya. Manakala, Program Pemantapan di lakukan secara bersemuka. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PROGRAM Bagi meningkatkan keberkesanan Program Pementoran Kementerian Pertanian dan Industri Makanan pada masa depan, maka beberapa perkara perlu diberi penelitian agar pelaksanaannya lebih berkesan dan mencapai objektif. Antara penambahbaikan yang boleh dilaksanakan adalah seperti berikut : i. Sasaran peserta program diwajibkan kepada pegawai kenaikan pangkat dan pegawai kumpulan pengurusan dan profesional; dan ii. Modul Program Pementoran di dalam HRMIS perlu diaktifkan memandangkan pemantauan laporan pementoran menggunakan kaedah online adalah lebih memudahkan mentor dan menti juga penyelaras di kementerian/ jabatan/ agensi. PENUTUP Program Pementoran MAFI bagi tahun 2022 telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan di kalangan peserta dan memberi impak yang positif terhadap perkembangan kerjaya mentor dan menti. Walaupun Majlis Penganugerahan Pementoran tahun 2022 belum dapat dilaksanakan pada tahun ini, Unit Pengurusan Psikologi MAFI berhasrat untuk melaksanakannya pada awal tahun 2023 untuk menghargai dan meraikan kerjasama mentor dan menti sepanjang program pementoran tahun 2022 ini. Kejelekitan yang dapat wujud dalam tempoh enam (6) bulan pelaksanaan program ini diharap dapat diteruskan dalam membentuk budaya kerja berpasukan yang harmoni.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy