Laporan Tahunan Program Pementoran Perkhidmatan Awam Tahun 2022

82 5. Ulasan Keseluruhan Penyelaras Kementerian: Program Pementoran Dalam Perkhidmatan Awam telah diperkenalkan pada tahun 2007/2008 selaras dengan Pekeliling Perkhimatan Awam Bilangan 18 Tahun 2005 iaitu Panduan Aplikasi Psikologi Dalam Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam. Seterusnya, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2010 dikeluarkan bagi menjelaskan secara terperinci pelaksanaan pementoran dalam pengurusan sumber manusia sektor awam. Pelaksanaan program pementoran di Kementerian Pertanian dan Industri Makanan bertujuan untuk : i. Pegawai yang memerlukan bimbingan dalam peningkatan prestasi kerjaya dan psikososial; ii. Membimbing Meningkatkan kemahiran dan kecekapan dalam aspek personel, sosial, budaya dan profesional; iii. Membina keperibadian tinggi dalam kalangan warga organisasi; iv. Membudayakan budaya kerja kelas pertama dan berprestasi tinggi dalam organisasi; Program Pementoran Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dijalankan selama 6 bulan berdasarkan carta perbatuan seperti di Lampiran A. Program Pementoran bagi tahun 2022 ini telah bermula pada 6 April 2022 dan berakhir pada 26 Oktober 2022 melibatkan 66 orang peserta, 32 mentor dan 34 menti. Penglibatan peserta adalah di kalangan pegawai lantikan baru dan kenaikan pangkat (senarai nama seperti di Lampiran B) di bawah Ibu Pejabat MAFI, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS), Jabatan Perikanan Malaysia (DOF), Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM), Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Kerian, Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Pulau Pinang, Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Ketara,, Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) dan Kolej Pertanian Malaysia, Kedah. Bagi tahun 2022, Program Pementoran MAFI dijalankan secara dalam talian dan juga secara bersemuka susulan pembukaan aktiviti dan program pasca pandemik. Mesyuarat Penyelarasan Pementoran dan taklimat pementoran melalui Training of

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy